Monday, August 19, 2013

Dalam Bilik Hotel

Kehkeh. Title macam video 3gp punya title.

Kan as aku cakap lately ni aku banyak travel. Antara hotel yang aku suka kat KL ni Traders hotel. Jadi member, boleh dah upgrade membership level tak lama ni. Hotel ni simple, banyak cermin. Nampak modern kalau compare dengan hotel lain macam Mandarin Oriental yang lebih klasik.

Aku rasa sejak kerja dalam setahun ni, kalau dikira dengan hotel tempat aku tinggal time training, boleh kata 65% aku tidur hotel banding tidur bilik sendiri. Seronok?

Sebenarnya tak. Bila selalu sangat pergi hotel atas urusan kerja, balik bilik hanya untuk tidur. Sampai aku associate perkataan hotel to loneliness, work, and sunyi. Not even 6 star hotel can replace the environment of our room. Sebab tu bila baru baru ni ada orang kata nak design bilik macam hotel aku kata toksah laaa. Patut design hotel yang ikut bilik kat rumah, baru feels like home sikit.

So itu aja aku nak tidur babai.

P/s: aku lapar ni. Nak makan ke tak? Dilema setiap malam ni.

0 comments: