Monday, August 19, 2013

Dalam Bilik Hotel

Kehkeh. Title macam video 3gp punya title.

Kan as aku cakap lately ni aku banyak travel. Antara hotel yang aku suka kat KL ni Traders hotel. Jadi member, boleh dah upgrade membership level tak lama ni. Hotel ni simple, banyak cermin. Nampak modern kalau compare dengan hotel lain macam Mandarin Oriental yang lebih klasik.

Aku rasa sejak kerja dalam setahun ni, kalau dikira dengan hotel tempat aku tinggal time training, boleh kata 65% aku tidur hotel banding tidur bilik sendiri. Seronok?

Sebenarnya tak. Bila selalu sangat pergi hotel atas urusan kerja, balik bilik hanya untuk tidur. Sampai aku associate perkataan hotel to loneliness, work, and sunyi. Not even 6 star hotel can replace the environment of our room. Sebab tu bila baru baru ni ada orang kata nak design bilik macam hotel aku kata toksah laaa. Patut design hotel yang ikut bilik kat rumah, baru feels like home sikit.

So itu aja aku nak tidur babai.

P/s: aku lapar ni. Nak makan ke tak? Dilema setiap malam ni.

Sunday, August 18, 2013

Dalam ETS, 2013.

Hello. Gila lah lama tak hamba wujud dalam blog ini. Ni pun baru borak borak dengan member hari tu baru lah teringat pasal blog haram jadah ni haha.

Its 2013! Aku rasa ada lah setahun lebih tak pernah jenguk blog ni. Kalau blog ni diimaginekan as isteri dah jatuh talak dah tak ada nafkah zahir dan batin. Mungkin dah lari pergi main dengan lelaki lain dah pun. Mungkin negro, mungkin. Haha.

Aku rasa antara punca aku tak pernah terfikir pasal blog ni adalah sebab 2012 was such a depressing year, lagi lagi bila Abah tersayang pergi. I was lost in reality, menyendiri becoming my thing, and only keeping my relation intact with few best friends. Thanks god i think im good in hiding my depression.

Sekarang? Aku rasa dah recover a bit, alhamdulillah. Busy dengan kerja, travel sana travel sini. Boleh kata April sampai August ni je dah nak dekat 15 flight aku naik, sampai skil packing pun dah cukup power. Tak ada hal la weh kalau takat 20 minit lagi nak gerak baru nak mula pack haha.

So sekarang aku dalam ETS, menuju Batu Gajah. Dah berapa lama tak naik menatang ni sejak tinggalkan UTP. Planning to see Mira and her family, sempena raya katakan. Harap harap bapak dia tak soal siasat ke, suruh baca AlQuran nak dengar tarannum ke. Debor jugok ni haha. Ok ah signing off tata.

Words:
-something we know its pathetic, but we do it. We are human and we do stupid things, it is in us-


selamat Hari Raya Woiii!!