Monday, July 4, 2011

Hooha.

I love this.

3 July 2011, akhirnya berjaya habiskan larian 10km pertama dalam hidup di Ipoh International Run. Phew, idea timbul dipengaruhi rakan2 untuk register sejak awal bulan lepas. Padahal tak fit lansung nak lari 3 km pun masa tu. Demi larian ini mula train lari hampir hari2, dengan ambition supaya tak nampak loser sangat pada hari larian tu haha. Lagipun sebelum ni memang tak pernah pun lah lari bersungguh2. Nak kata athletic time sekolah memang tak lah. Paling2 main basketball secara ruji sahaja. Merentas desa di sekolah pun jalan2 dengan kawan2 sampai Ustaz Khai hambat naik motor suruh lari. Eleh ustaz tu padahal dia lari komfem 5 minit dah longlai tengok perut dah tahu. Aha.

The event day itself is amazing. Ramai, ada budak2 sekolah, dengan yang kapelnya, yang guy berlari bersama awek pura2 tanya are u okay sweetie padahal muka sendiri yang dah macam kena tekanan darah tinggi. Kehkeh lepas tu pegang beg awek yg ada botol 1.5 litre memang padan la muka kau lari 10km bawak air berat2 haha. Aku tau tu beg awek dia sebab pink dan bunga2. Ada pakcik2 otai larian berpeha nipis, aku rasa lagi nipis dari peha gadis2 SNSD. Ada brader yang berlari dalam pijama dia je, which bagi aku bukti anda tak perlu membeli running kit yang harga beratus2 untuk menceburi larian ini. Sambil lari sempat borak2 dengan uncle chinese yang agak fit. Baru perasan memang banyak uncle2 chinese yang fit berbeza dengan uncle2 melayu yg kebanyakannya boroi yeah? Dan seronok memotong orang2 yang lebih kurus dan nampak lebih fit. Haha in ur face baby im fat and im in front of u. All in all, prestasi memuaskan, lari tanpa henti, dapat maintain energy throughout the race, clocked 1hr 10min 35s, quite good for a 10km virgin macam aku. Dapat la sijil yang for finishers under 80minutes tu. Furthermore initial target is finish the 10km run itself. The best feeling of achievement that you get when u cross the finishing line, priceless. Lagipun, all the finishers are winners kan? =)

Seronok tengok macam2 ragam, ye lah nak dekat 12000 orang participate tak silap. Ada karnival, dapat air 100 plus dengan milo free, aiskrim free. Jatuh cinta dengan event2 macam ni, tambah2 dapat banyak free goods haha. Baiklah support event healthy macam ni dari bising2 pasal Bersih jadah tu. More to come, dah reg men's health run dekat Putrajaya hujung bulan ni. Akan train lagi hoyeah!