Tuesday, August 3, 2010

Saya rasa noob.



Aku ada satu soalan yang bermain di fikiran hari ini.

Kenapa people, especially in Facebook, or even blogs, suka meletakkan or state interest mereka pada something yang gila rare orang lain tidak mungkin tahu pun? Interest dalam muzik atau person contohnya, mereka akan state mereka adalah peminat dan pengikut setia band yang sumpah orang normal tidak tahu lansung.

Example, ada satu page yang aku terjumpa dia adalah peminat band Ratatat, Foals, Feist, Lapsap, Klaxons, Agrikulture. What the what?? Kalau satu je aku tidak tahu tidak apa tapi kalau state sampai 10 bands yang aku tidak pernah dengar even aku pendengar muzik setia itu memang tidak normal.  Example lain, ada rakan yang meletakkan interest nya pada Pierre Casiraghi dan Christian Loboutin. Oleh kerana atas rasa noob yang melampau akibat tidak tahu aku sampai wiki nama2 tersebut baru mengetahui Pierre Casiraghi adalah seorang socialites dan Christian Loboutin adalah seorang dalam field fashion and boutique.

Jika anda juga adalah antara golongan yang berkelakuan sebegini, saya ingin bertanya. Ikhlas dan jujurnya, adakah anda sekadar berhajat untuk membuat golongan2 seperti saya rasa noob dan kagum dengan anda? Kerana saya percaya peminat band Ratatat, Klaxons, etc tadi confirm paling banyak pun satu dua track sahaja dari band2 itu yang dia dengar. Kenapa tidak letak band2 yang kebanyakan orang tahu seperti Exist, KRU mahupun  Newboyz? Kenapa tidak instead of Pierre Casiraghi anda cuma letakkan sahaja Harun Salim Bachik sebagai person of interest? Haha. Im sure anda lebih banyak di exposekan dengan lagu2 dalam album Exist dan Newboyz serta jenaka Harun Salim Bachik berbanding interest2 cool anda tadi. Kan?

Dengan ini, konklusinya, ya saya rasa anda golongan2 sebegini berhajat membuatkan kami kami yang normal ini merasa humble dan noobs serta kagum dengan interest anda yang kami tak kenal satu jadah pun. Itsokei. Sekurang kurang nya anda membantu kami membuang masa berwikipedia untuk mengelak kelihatan noobs. Haha.

Sekian selamat berpuasa esholes!

1 comments:

MeaBerry said...

aku suka ahmad jais.
ko ade rasa noob yg melampau tak ? ade tak?

lmao..