Tuesday, August 31, 2010

A sad reality of 31st August.

Beberapa jam lepas detik 12 malam, 31 Ogos. Aku sedang di cafe. Lihat sekeliling, sama sahaja. Ouch. Yang sedang berfutsal terus berfutsal. Yang sedang berdiskusi terus berdiskusi. Yang sedang menjamu selera terus menjamu selera. Tiada beza. Hmm. Diorang lupa ke dah 31 Ogos? Diorang lupa ke hari ini ulang tahun kemerdekaan Malaysia? Diorang tak terasa ke perasaan puas dan bebas setelah hak kita dikembalikan?. Positif. Maybe diorang perlukan beberapa minit untuk notice lantas histeria menyambut semangat juang bekas pahlawan dan pendekar negara.


Nope. Masih sama. Yang sedang berfutsal terus berfutsal. Yang sedang berdiskusi terus berdiskusi. Yang sedang menjamu selera terus menjamu selera. Hmm. Tak apa lah. Sekurang kurangnya roomate aku di bilik masih memupuk semangat cintakan negara sempena kemerdekaan ini dengan menonton filem Leftenan Adnan semasa berbuka. Buat aku berfikir. Sekarang baru ulang tahun ke 53. Mungkinkah akan sampai satu hari di mana sambutan kemerdekaan adalah tidak lagi relevan dengan semua rakyat Malaysia, kerana tiada siapa yang menghayati nya? I dont have any answer. Biar kita sama sama jadi penonton wayang masa untuk menemui jawapannya.

Ini ada satu entry dari blog rakan aku, Faez Azami. Or everyone panggil dia Tiger. Budak Asis bertahi lalat di pipi yang sedang undergo medic di Ireland. Entri lama baru diperasan. Gila bermakna. Enjoy reading guys.

Bukan Sebab I Anak Papa


i ada ramai kembar. mama i teran in one go je. steady tak? siap ukir sejarah dunia lagi. mana you all nak jumpa kes orang beranak ramai2 sekali push kt dunia ni? power tak mama ngan papa i punya combination? kalau masuk WWE senang-senang je sambar world tag team title.

i nak cerita pasal kisah hidup i. dari zaman childhood i sampailah zaman i mampu wariskan legasi papa i. cerita zaman childhood i takde lah best sangat. apa you all nk expect zaman kanak2? memang tipikal lah main masak2 ngn jiran, racing kereta tamiya. tak lupa gak belajar bina famili ngn anak jiran cina sebelah rumah yang memang TOP time tu. i dengan twins i memang happy time tu. nak apa je, relax je i mintak kat papa i. papa i confident je bagi ape yang kami nak. fuhhh...memang heavenlah time tu.

bila dah start masuk sekolah rendah, i happy nak mampus. mana taknya, papa i arrange kami masuk sekolah ikut cara kami. i ada cakap kat papa i yang i tak nak belajar mandarin. papa i cakap no problem. papa i arrange baik punya. mana you all nak cari komitmen papa yang macam tu. tailor sendiri syllabus belajar anak2 beb. papa i memang arrange hidup kami lah. world class punya lah cara papa treat kami. masuk sekolah menengah, papa dah tak bagi banyak special treatment macam dulu. papa cakap ,i ngan twin aku kene belajar bersaing. papa dah tak boleh nak arrange & provide macam2 dah. ye la, aunty rosie ngan mrs. patrick dah mula pandang slack kat papa & mama i. so papa cakap, belajar bersaing mulai sekarang. i ngan twins i pon gelabah lah. mana lu nak hidup beb. selama ni dok dalam comfort zone. skang bila nampak dunia, terkincit. namun berkat rezkei Tuhan, usaha kami adik beradik dan juga gene combination yang mantap, i ngan twin i memang gempak lah. performed habis. segala exam kat tanah air i ngan twin i score macam tu je. alhamdulillah. i tak riak ok.

papa i nampak potensi kami. so papa tanya nak belajar kat overseas? budak2 lepas spm beb, sembang belajar overseas. mencanak!!! excited nak mampus. papa i nak sponsor kami. tapi papa agak licik. standard darah mat salleh yang pernah jajah negara kita dulu. papa buat kontrak sebelum papa hantar i ngn twins i pegi overseas. papa suruh kami anggap kontrak tu as amanah. i still ingat kandungan dalam kontrak tu. papa tak mintak banyak. papa suruh belajar. papa jugak suruh jaga nama baik papa. ada jugak papa selit isu pasal diri papa. papa mintak anak2 papa tak against papa bila dah tahu pasal dunia. tapi papa cakap benda tu explicitly lah. kalau tulis terang2, kantoilah papa i. so, i dengan twins i pon pegi la berpegang ngan amanah tu.

suasana dah berubah i nak cakap kat you all. belajar overseas ni memang kaw2. twins i dah tak sekali dengan i. diorang dah jumpa geng baru. i ingat tak duduk sekali kami still rapat. tapi realitinya tak beb. twins i dah lain. i ingat diorang dah matang kot. i rasa lah. i dengar twins i dah pandai cakap skang ni. kalak KJ kalau ajak debat. diorang dah tak macam apa yang diorg janji kat papa sebelum fly dulu. diorang dah berani cakap itu ini pasal papa lah. papa tak betul lah, papa tak channel duit papa betul2 lah, papa dah tak islamik lah. macam2 lah yang buruk pasal papa. i tak tau dari mana diorang belajar pasal benda2 ni. i boleh la nak terima silap2 kecik papa. papa dah tua pon. nyanyuk skit lah tu. tapi pasal tahap islamik papa, i tak berani nak sentuh beb. i bukan tuhan nak sukat tahap iman orang. i sedih beb. anak2 hentam mak bapak. mana boleh i terima.

tengok situasi ni i jadi sedih. sedih sebab twins i tak pegang amanah diorang. i paham yang diorang nak perubahan. tapi ini belum masanya lagi. kita masih pegang amanah papa. lepas habis belajar dan mula start kerja dan bina famili, you all nak buang papa dari hidup you all pon i tak kisah. itu kalau sifat manusia you all dah hilang lah. bukan sebab i anak papa yang i cerita ni semua. i cuma rasa i masih pegang amanah papa. i tak sanggup nak pecah amanah tu. teruk tau!

p/s: ini cerita fiksyen. analogi semata-mata. btw, papa gua dah xda. tinggal mama gua je skang ni.

Saturday, August 28, 2010

Random Thoughts for Tonight.


I find things I treasure the most
Are friends I made in life,
Those precious few who on the way
Shared all my joys and strife.

Their kindly words and helping hands
When troubles had set in
Renewed my strength and gave me hope
As faith was wearing thin.

They also knew the brighter side
Of picnics when it rained;
And soaking wet, we journeyed home,
A closer friendship gained.

At times we would just sit and talk,
Our secret whims to share.
We spoke of all our hopes and plans,
Unburdened all our cares,

Yes, these friends are treasured people
And treasured memories to;
Like lamplight in the waning day,
They keep my footsteps true.


"My Treasures" by April Gore


Having a good soul mate will not make your life happy forever and ever, having a good soul mate and good friends will make your life happy forever and ever. Do take time to appreciate your friends. You hear this from someone who spend a lot of his time alone over 8 months of internship period. OGM Miri is a curse. My work knowledge, skills, and experience maybe is not that much improved, nor any good compared to other's internship experience, but im pretty sure my life skills and life experiences gained is much better compared to most. Being at a place far, really far away from your home, without friends, standing on your own feet, does teach you a lot of life lessons. Your boy has matured a lot, dad.

Wednesday, August 25, 2010

Official: acer itu khinzir.

Urgh. Acer memang khinzir. Kenapa? Jika anda perasan tidak sampai 2 bulan lepas aku ada purchase build desktop baru. Dan Acer LCD monitor adalah antara component dalam desktop custom build baru itu. And suprisingly, supppriiissiiinglyy, monitor tu dah rosak, in less than 2 months. What the what? So mulanya aku tak rasa apa kerana terpampang warranty selama 3 tahun. Then dengan tenang hantar ke acer centre. Diberitahu masa process adalah seminggu lebih. Aku terima dengan redha walaupun di dalam hati maki2 camana nak buat fyp fydp research? Then seminggu lebih berlalu, aku call acer centre tersebut. And memang what the what bila seorang cina di hujung talian berkata sori main board lcd itu rosak sekalang stok tiada kena tunggu dari taiwan so takes time about 1 month. Khinzir!! Dah la takde rasa bersalah pun. Bukan boleh tuka ke apa. Padahal tak sampai 2 bulan. Urgh. Mcm mana nak buat research. Mcm mana nak buat report. The damn acer. Jangan beli acer. Acer mmg mr. fakrol.

Sapa ada monitor utk disewakan? Seminggu saja gua nak sewa. Rm50 deal!

Friday, August 20, 2010

I got a feeling

Tuesday, August 3, 2010

Saya rasa noob.



Aku ada satu soalan yang bermain di fikiran hari ini.

Kenapa people, especially in Facebook, or even blogs, suka meletakkan or state interest mereka pada something yang gila rare orang lain tidak mungkin tahu pun? Interest dalam muzik atau person contohnya, mereka akan state mereka adalah peminat dan pengikut setia band yang sumpah orang normal tidak tahu lansung.

Example, ada satu page yang aku terjumpa dia adalah peminat band Ratatat, Foals, Feist, Lapsap, Klaxons, Agrikulture. What the what?? Kalau satu je aku tidak tahu tidak apa tapi kalau state sampai 10 bands yang aku tidak pernah dengar even aku pendengar muzik setia itu memang tidak normal.  Example lain, ada rakan yang meletakkan interest nya pada Pierre Casiraghi dan Christian Loboutin. Oleh kerana atas rasa noob yang melampau akibat tidak tahu aku sampai wiki nama2 tersebut baru mengetahui Pierre Casiraghi adalah seorang socialites dan Christian Loboutin adalah seorang dalam field fashion and boutique.

Jika anda juga adalah antara golongan yang berkelakuan sebegini, saya ingin bertanya. Ikhlas dan jujurnya, adakah anda sekadar berhajat untuk membuat golongan2 seperti saya rasa noob dan kagum dengan anda? Kerana saya percaya peminat band Ratatat, Klaxons, etc tadi confirm paling banyak pun satu dua track sahaja dari band2 itu yang dia dengar. Kenapa tidak letak band2 yang kebanyakan orang tahu seperti Exist, KRU mahupun  Newboyz? Kenapa tidak instead of Pierre Casiraghi anda cuma letakkan sahaja Harun Salim Bachik sebagai person of interest? Haha. Im sure anda lebih banyak di exposekan dengan lagu2 dalam album Exist dan Newboyz serta jenaka Harun Salim Bachik berbanding interest2 cool anda tadi. Kan?

Dengan ini, konklusinya, ya saya rasa anda golongan2 sebegini berhajat membuatkan kami kami yang normal ini merasa humble dan noobs serta kagum dengan interest anda yang kami tak kenal satu jadah pun. Itsokei. Sekurang kurang nya anda membantu kami membuang masa berwikipedia untuk mengelak kelihatan noobs. Haha.

Sekian selamat berpuasa esholes!