Saturday, February 27, 2010

say ho! if you are bored with your internship.

Hai pipel!. Gembira nampak di hati masing2 bila dapat cuti semalam. ya2 aku tahu ada yang bergembira dengan cuti dan tidak mengambil port lansung cuti apa sebenarnya semalam malah ada lebih kafir terus mengingatkn semalam adalah cuti sempena hari gawai. Walau pun aku kompem kesemua yang sedang membaca ini tak terlibat dengan perarakan maulidur rasul di kawasan perumahan masing2, mari ambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam maulidur rasul untuk kawan2 islam dan hepi cap goh mei untuk pilin.aha.

Ok. settle intro dengan smooth flow. wah rhymee. hari ini tidak mahu berkata2 too much. hari ini merupakan hari retro. duduk sorang2 buka balik folder gambar2 lama. buka blogpost2 lama. gelak sendirian membaca post sendiri.haha. dem pathetic sungguh rasanya.haha. tapi maseh terhibur juga. Korang patut buat juga. Dalam arus peredaran hidup yang laju dan menekankan ini tidak salah ambil masa sebentar untuk menikmati kehidupan lepas secara perlahan2. wah quote kaw2. boleh jadi shakespeare lah.

ini gambar 5 tahun lepas. dalam dorm tym form 5 2005.betul la kan dah 5 tahun skrg da 2010. dem. tak perasan betul laju je masa berjalan. rindu betul.



aha. aku janji. post depan akan tak lame dan boring sebegini serta lebih entertaining untuk dibaca serta dicampur aduk dengan sedikit unsur kemaksiatan agar korang2 boleh orgasmik membacanya. Aha. Gila boring idup saya sekarang sampai tiada idea untuk memblogging. Dem u internship.

Thursday, February 11, 2010

Hepi Besday Izzah!


hari ini khamis 11 februari 2010 merupakan hari jadi salah seorang rakan aku, Izzah khairani bt. someone. aha durjana betul aku dah lupa balik nama bapanya setelah beratus kali dia bagitau. Izzah merupakan rakan junior 2nd year 2nd semester UTP jurusan Elektrik dan Elektronik. Lihat lah gambar nya di atas ini, cantik kan? ya2 adalah sikit2 nampak seperti seorang yang memerlukan tongkat dan terbaring di atas katil hospital menunggu maut, tapi back to the main point cantik kan awek ini? haha. jahat betul jari durjana ini menaip kata2 umpatan terhadap izzah.Haha. Tetapi sungguh pun korang puji kecantikan izzah banyak mana pun tak perlu menaruh harapan kerana dia sudah ada yang punya. Oleh kerana aku jauh beribu nautika dari Izzah, tiada apa yang aku dapat hadiahkan melainkan sebuah sajak, entitled "Sajak Syahdu Untuk Izzah". Dengarkan ya.


Sejuta bintang berkurun menghilang,
Daun bayu berterbangan sengsara,
Bagai dihunus pagi yang gelap,
Cerah cahaya ringgit kasorga.
Dua juta bintang menjunam layu,
Atas awan berjumpa juga
Sepohon kayu daunnya rimbun,
Kiamat menjelang taubat segera,
Singgah di kedai membeli gula.
Selamat hari jadi Izzah.


tepuk2!
Aha. Ini lah sajak penuh abstrak yang aku berjaya buat dalam masa dua minit. Memang aku sengaja reka sajak yang sukar difahami supaya aku dengan senang hati boleh menuduh korang adalah buta seni dan selalu dimarahi guru seni sekolah rendah dulu di samping membuatkan korang rasa2 agak bodoh bila membaca sajak ini.Haha. Ok lah sebelum niat memaki korang terhadap aku semakin dalam mari again ramai2 kita ucapkan selamat hari jadi Izzah~!

Saturday, February 6, 2010

..

..

bangi..

..

stressed out.
down.
missing.


*being trainee sucks.