Sunday, January 31, 2010

Payau di Nyalau.

tadaa. sedikit gambar untuk rakan2. nice kan? aha~


Pancing sendiri nih di bintulu. Sesi memancing pertama selepas terakhir memancing di tasik utp tengah malam bersama kawan2 asisuzurans. Dem betul tym tu mrangkak2 dalam gelap bwh jambatan mengelakkan dilihak pak gad utp.aha. mmg nice siap jumpa anak buaya mati tengah jalan kena lenyek lori. Experience betul. Abes memancing melepak di kampung hulu nyalau sambil menjamah satay daging rusa kaw2. whoa. kenyang. nyam2. mahu makan lagi. syg u all.

Wednesday, January 27, 2010

Ketawa kecil di Facebook.

Zaman sekarang zaman moden. Semua orang pun ada facebook. Jangan cuba buang air kecil korang tak ada facebook. Mengikut kajian student tahun dua semester satu kejuruteraan kosmetik di Uitm Seri Iskandar hampir 70% populasi dunia mempunyai fb termasuklah warga angola dan warga masjid tanah sekalipun. Jika korang pergi menegur akak cleaner ofis korang pun mesti dia ada fb. Silap2 dia ada fan page sendiri sekali boleh lah korang poke2 akak cleaner ofis melalui fb selepas ini. Aha. Hari ini bkan mahu bercakap2 pasal facebook sebenarnya tapi mahu share image funny komen2 antara facebook owner Mark Zuckerberg & Tom Anderson myspace owner di bawah ini. Sengal sungguh bila baca dari atas sampai bawah. Dan ada sikit2 image2 funny yang laen. Enjoy reading. haha~










Aha. comel2 betul perangai manusia ni. kelaka betul.

*terima kasih kerana sudi membaca* -bajet2 ala2 syira spears.haha.

Saturday, January 23, 2010

Post Rawak Serawak versi Wanita tua paling grand.

Post Rawak Serawak (original dari Serawak!).
Gambar Random Hari Ini : Penerokaan Miri bersama Aisah di hari Sabtu yang nyaman.
Lokasi 1: The Grand Old Lady, Canada Hill.

Jika anda seorang bakal engineer didalam field bersangkut paut dengan minyak petroleum mahupun minyak tanah anda pasti akan interested atau pura2 interested dengan info bahawa The Grand Old Lady di Canada Hill, Miri adalah tempat pertama minyak dijumpai di Malaysia. Canada Hill ni ibarat2 cameron lah tanah tinggi tapi seratus kali ganda lebih hebat kerana di samping merasa angin sepoi2 tanah tinggi anda boleh nampak laut cantik dan seluruh miri.Dua dalam satu bebeh. Cun kaw2 betul tidak tipu. Lihat saja gambar dibawah ini.


Aha. kan betul boleh ghairah melihat laut dari tanah tinggi. Oh jika perhatikan ada terselit Avanza yang menjadi transport kegemaran teman hidup ke mana2 di Miri. Eh tidak perasan lagi kecantikan laut Miri? lihat pula gambar di bawah ini.

Cuba usha betul2 dan dalam2, ibarat anda sedang skodeng perlakuan maksiat remaja UTP di common room bawah blok hostel2. Boleh nampak tiga layer kaler laut. Biru pekat, hijau cair & biru cair. Rentap tak apa dia buta warna tak perasan punya. haha. Jahat betul mulut aku mencaci Rentap entah2 dia ada banyak pengikut di Serawak ni mati terus gue.



Oh ada muzium petroleum Petronas juga di sini. Tapi busan aja. Boleh tahan la kalau anda berminat dengan petroleum. Aku tak berminat pun. Haha.

Tapi ada sumthing di The Grand Old Lady nih aku sgt2 interested. Cuba lihat.

Ok. nampak macam replika buduh yang boleh dilihat bersepah2 di mana2 di Putrajaya kan. Tengok dekat lagi.

Kapsul Masa beb! haha. Kagum pula aku first time lihat. Dirasmikan 2005 dan akan dibuka 2105. Kool betul silap2 Trunks atau Cell pun ada dalam tu.Aha. Kepada yang tidak faham anda tidak kool kerana tidak baca Dragon Ball tym kecik. Syuh2 main jauh2 dari kami yang kool ni.Haha. Oh, moga2 generasi 2105 tak ingat orang2 tahun 2005 kolot sangat komputer pun tidak ada guna kapsul masa simpan surat kabar dokumen ape dem. Save dlm external sudah. Aish2.


Bosan di Canada Hill terus beralih arah melepak di Taman Awam. Whoa .Jambatan gantung nak dekat 1 kilometre. Smart jugaaa. Bes btul melepak membuang masa di situ. Memang tidak teringat lansung dengan taman tasik cempaka bangi dah apa lagi taman tasik utp.



Teman date hari2 pagi petang siang malam sampai muak dah melihat mukanya. aha. tipu je. u alwes soswit aisah.tadi buat jenaka baghal aja. haha. bodek mengelak terkaman rimau sikit.

Thursday, January 14, 2010

halo 2010!

2009 has been a really awesome year for me.Bandung lah, Miri lah. maka 2010, i wish you to be a better year for me!

sedikit gmbar kick off 2010.
thanks dit pepel syiro shira popai mas pilin esah join lepak kat sunway. Scream Park Sunway macam buduh. Semua orang jangan pergi. Haha.


Annual Dinner Ogm di Grand Millenium Hotel terbaik.5 star. the best ah.Buffet plak tuh. Whoa kenyang. Jika anda seorang manusia kebuluran dinasihati jangan scroll down melihat gambar2 hasil curi dari kamera Wong yang pasti buat perut anda berbunyi2 di ofis.














cuba bayangkan korang tadah lidah korang di situ.nyum.











ni aa Apis & Mirul, trainee lama OGM sebelum aku. Dorang ni mmg the best ah guide aku Miri life. Thanks gila.








yang girl ni Aisah. Trainee OGM Miri jgak. dia je a member plg rapat aku kat Miri. Nampak je manis tapi garang nak mampus. Letak rimau pun dia ngap. Kompem. Haha.


p/s: Sedang berkira2 untuk invest saham Public Mutual. Cam sgt nice!

Monday, January 11, 2010

joke hari ini.


Wednesday, January 6, 2010

Kembara Lang Surya.


Guys.
Aku tahu korang semua sgt suka membaca kan?
Kalau tak takdenyalah korang nak singgah di blog2 orang meluangkan masa membaca repekan, carutan, dan makian2 semua orang. Maka, aku ada sebuah novel untuk korang melampiaskan nafsu serakah membaca korang yang aku rasa sgt worth it lah! jangan risau kalau korang sangat malas membaca pun korang akan rasa high orgasmic jika korang baca novel ni. Percaya lah aku pun seorang yang pemalas tahap nyawa2 ikan kena kelar kalau disuruh membaca novel. Tengok ajalah novel2 ramlee awang murshid yang rentap beli tu aku cuma baca dua chapter depan terus skip sampai chapter terakhir. Haha.


Kembara Lang Surya:Pendeta Gua Khayalan (rm 14, can get dari MPH or bookstore)
Ini lah novel dia. Sinopsis yang aku copy terus dari blog penulis dia:

Pendeta Gua Khayalan adalah novel pertama daripada trilogi Kembara Lang Surya (KLS). Kisah ini bertunjang pada tiga watak utama - Lang Surya, Rimau Seru dan Cempaka Suri, masing-masing dengan konflik tersendiri.

Konflik Lang Surya dengan ibunya menjadi topik utama. Setelah diusir oleh ibunya, dia bertekad mencari ayahnya, Lang Merah - bekas Laksamana Utama Indera Wangsa yang diyakini masih hidup walaupun ramai yang mengatakan ayahnya telah mati ditelan sihir Hutan Jardi. Dia percaya, ayahnya dapat menjernihkan kembali hubungannya dengan ibunya. Dari detik itu, bermulalah pengembaraan penuh magis dan teka-teki. Waizuri Rengga Api mencadangkan agar dia mencari seorang pendeta di pergunungan Tujupuri, bagi mendapatkan maklumat tentang ayahnya. Namun jalan yang memimpin ke arah pendeta itu tidaklah semudah yang dirancang. Godaan-godaan khayalan harus ditempuh sebelum dia bisa bertemu pendeta yang mendiami Gua Khayalan di Banjaran Tujupuri.

Rimau Seru adalah seorang pembunuh upahan yang setia pada prinsip yang unik. Setelah membunuh gurunya sendiri, dia mengembara ke seluruh Indera Wangsa bagi mencari sesuatu yang sangat diidamkan. Sewaktu di Indera Puspa, dia didatangi oleh seorang pengupah yang inginkan dia membunuh keluarga Lang Merah, tetapi Rimau Seru menolak upahan itu. Dia mahu meninggalkan dunia seorang pembunuh upahan. Seorang nenek tua di Indera Nila memberikan klu kepada pencariannya, dan dia bermati-matian mempertaruhkan nyawa bagi merebut pencariannya.

Cempaka Suri punya mimpi yang istimewa. Mimpinya adalah realiti, namun dia bisa berfantasi menggerakkan mimpi mengikut kemahuannya. Magis di dalam mimpi adalah senjata utamanya. Mimpi-mimpinya mempertemukan dia dan Lang Surya, yang menyimpan bunga cempaka pemberian Puteri Kenanga Mulya. Dia mengembara ke dalam mimpi bagi mendapatkan kembali bunga cempaka miliknya.

Plot demi plot menyatukan pengembaraan mereka hingga ditimpa musibah yang tidak terjangka. Dapatkah Lang Surya menembus godaan-godaan sepanjang perjalanan ke Gua Khayalan? Berjayakah Rimau Seru dalam pencariannya, juga meninggalkan pekerjaannya sebagai seorang pembunuh upahan? Mampukah mimpi-mimpi Cempaka Suri mengembalikan bunga cempaka miliknya? Apakah mereka bertiga lolos daripada malapetaka yang menimpa mereka?

Leraikan permasalahan ini dengan membaca KLS: Pendeta Gua Khayalan!


Bukan nak tipu tapi ini memang novel terbaik pernah aku baca. 2nd Konserto Terakhir la. Haha. Bayangkan, bangun tidur 7 pagi tak tahu nak buat apa grab buku ini pukul 830 pagi da abes da baca! Novel beb! Seriously bila baca buku ni terasa Lord of the Ring pun ada. Sedangkan LotR pun aku tak berapa minat tapi memang puas hati lah baca buku ni.
Harga pun berbaloi RM 14 je. Lepas aku habis baca buku ni aku rasa letak RM 35 pun takpe aku sanggup beli. Even korang berjiwa underground,rock, metal, hardcore, perogol, penjenayah, bapuk sekalipun aku jamin korang akan suka baca novel ni. Bes kaw sat. So, stop baca blog aku sekarang dan gi beli now now.haha.
Buku ni boleh dapat dekat MPH & Popular bookstore. dekat ENews.com pun ada rasanya. Info lanjut sila gi blog penulisnya dengan klik sini.

Betul ni. Please la baca. Tolong lah. Memang terbaik. (Siap merayu2 ni. Haha)