Wednesday, August 26, 2009

Chemical engineers want to have fun too.

Sunday, August 23, 2009

art attack 2.





sedang pening kepala dengan lab report,test dan internship punya hal.
kekurangan masa untuk menaip di blog.
oh ya selamat berpuasa semua!
dan ini ada gambar resume kawan2 saya yang saya ambil dan edit. cool kan. 
Syafique Effendy b. Anuar, Melaka. Bujang, single dan boleh dianggap hopeless romantic. Digelar Quek dan mempunyai muka trademark Queknya yang tersendiri. Rakan2 pasti tahu. Ada simpanan ASB yang banyak maka gadis2 amat beruntung untuk mengejarnya. Wira WJH 1303 kepunyaannya juga baru lepas tinted maka segala project2 dan maksiat didalam keretanya always line clear. Gambar ini diambil dengan hanya memakai short maka kita lihat berapa company dan majikan yang akan tertipu.
Amirul Asraf b. Askat, Melaka. Rentap or Libau (died 1863) was a famous Dayak (Iban) warrior in Sarawak, Malaysia during the BrookeWhite Rajahs era in that state. "Rentap" in Iban means "Shaker of the world". He was known as "Raja Darat" or "Raja Ulu". Essentially, Rentap's rebellion was due to the White Rajah's or James Brooke's action of eliminating the Ibans in Skrang because he thought they were pirates. Being a leader of the Ibans there, Rentap took the subsequent action of attacking James Brooke's fort at Skrang River called Nanga Skrang. James' then burnt Rentap's village after he successfully drove James Brooke's side out of Skrang. He retreated to Bukit Sadok and built himself a fort after a defeat at Sungai Lang, Ulu Skrang by James Brooke in the year 1854. There he gained a reputation and thwarted many plans by James Brooke to control the Skrang and Saribas areas. Only after many attempts and with the aid of bigger cannons did James Brooke defeat Rentap in the year 1861. Though defeated, Rentap never officially surrendered. He retreated to Sungai Entabai and died in same place. In Malaysia, he is not only renowned in Sarawak, but he is also a national hero in both Sabah and the Peninsula as both a national hero and a freedom fighter.(Dicedok terus dari wikipedia.)

Tuesday, August 18, 2009

Stress. Urghhhhhh.

Petikan Berita Harian, 18 August 2009.

Tempoh latihan PLKN mungkin dipanjangkan

KUALA LUMPUR: Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) mengkaji kemungkinan memanjangkan tempoh latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) daripada tiga bulan sekarang, kata Pengerusinya, itu Datuk Dr Tiki Lafe.

Katanya perkara itu dibincangkan pada mesyuarat MLKN bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah serta Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

"Tempoh tiga bulan amat singkat sebenarnya. Ada ibu bapa yang mengadu kepada kita anak mereka tidak sempat belajar dalam kem ini kerana tempoh latihan terlalu pendek.

"Kita baru kenalkan PLKN, kita masih baru jadi kita cuba dengan tiga bulan tetapi kini kita bersedia untuk nilai semula bagi memanjangkan tempoh latihan," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat berkenaan di sini hari ini.

PLKN dilancarkan pada 16 Febuari 2004 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, dengan kumpulan sasaran adalah golongan remaja berumur 18 tahun. - Bernama


OHHH DEEMMMMMMMM. URGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!

Jiwa Stress.


Sunday, August 16, 2009

post rawak serawak 3.

Adakah anda perasan blog saya sudah disorok selama beberapa ratus jam dari tatapan umum?
tidak perasan? oh tak apa. sila buat2 saja perasan demi jaga hati saya. Untuk mengcelebrate kehadiran semula blog ini mari melayan isu2 hangat dan gosip2 panas punggung masa kini.

Fantasy Premier League.


Tanda2 awal pemenang fantasy premier league antara dak2 asis dan chemy masih tak kelihatan. Tapi tanda2 awal loser (last man kata dr manzoor hussain) sudah kelihatan. Ucapkan tahniah untuk Rentap!! Sikap kerek kat member lepas membeli defender Lescott instead of defender popular lain seperti Terry pada harga yang sama membawa padah bila Everton dibelasah secara bergaya 6-1 oleh Arsenal sambil Cesc Fabregas bersiul2 gembira.

Study Week
Isu hangat di UTP selain h1n1 dan anak makcik cleaner ditangkap khalwat (uish fitnah) adalah ketiadaan study week sebelum exam. Yea people, no study week for exam! Semua orang macam ngamuk2 tapi dun wori, macam tak biasa buat study week sendiri pula. Innocent sungguh masing2.


Konvo



Konvo UTP sedang berlansung sekarang. Amy Search datang. Phewitt. Tapi menonton Amy Search dari jauh di belakang orang ramai berpusu2 sememangnya tak puas. Walaupun aku tinggi masih tjengket2. Apa agaknya perasaan mereka2 seperti Tom Insyirah dan Ina ya? Haaa Haaa. Oh by the way aku dah beli due boxer di konvo, simbolik kepada dua lagi konvo untuk aku grad. yeah!!




Monday, August 10, 2009

art attack!!!





Kool tak. Inilah gambar scenery di kampung saya kedah. ok2 takde a scenery sgt parit je.
arh.kesah apa aku.suke ati ar.aku suke je scenery parit kat umah atuk aku.hijau jeh. hijau mata memandang hijau lagi mata memikul.


Ok2.ni baru Art Attack. presenting....







Tadaaaa!! made a sketching out of my mind but tgk2 balik macam kenal ah plak.
tp tak dapat recall sape.
urgh.
ya2 saya mmg pandai melukis.
cita2 time kecik kartunis. tapi abah tak kasi.
mari saya lukis potret anda.
free cuma belanja makan dan minum sebulan saja.

Thursday, August 6, 2009

untuk tok.

tok.
kami nak terima kasih kat tok.
sbb tok tunggu kami.
kami mai pukul 5 pagi dan tok kembali pukul 5 petang.
kami syukur sgt2.
sempat kami jumpa tok.
redha bila tok pi dpan mata kami.

tok.
kami sebak bila tengok tok pergi depan mata.
kami tengok tokwan senyum ja.
kami tak nak teriak sebab kami tengok mak kami dok tahan teriak.
kami nak ikut tokwan, tenang ja biaq pun orang dia sayang da pi.

tok mesti taw tok bertuah kan?
ada laki macam tokwan
kami dengan tokwan antaq tok balik dalam van jenazah.
tokwan senyum, crita dia redha.
dia da jaga tok elok2 lapan bulan tok sakit.
dulu sebulan tok kat spital sbulan tu dia tak pi mana2.
kali ni 10 hari tok masuk spital pun dia tak tinggai kan tok.
kami sebak.
kami harap dapat jd macam dia.
kami janji takkan teriak sebab hai2 remeh2 lepaih ni.
kami nk jadi lelaki kuat macam tokwan.

alfatihah.

Allahyarhamah Bedah Md. Zain.

gudnyte tok.