Monday, July 27, 2009

Photoshop itu keji.

Aku merupakan antara pengguna tegar Adobe Photoshop. Adobe Photoshop tanpa banyak tanya telah lama membimbing aku dalam event2 di utp, terutama utk khidmat2 membuat banner, invitation card, program book sampai la filter2 foto utk mengeji sahabat2 laen. Tapi pagi ini aku dah perasan the dark sides of photoshop. Dan ini bagaikan initiator utk aku mula mengeji dan membenci Adobe Photoshop.






Foto ghairah ini aku jumpa di Berita Harian. Hot kan perempuan ni? Sekali pandang aku dah perasan wah Malaysia ada JLo! Dalam foto ini lelaki itu macam amat bertuah dapat wanita hot tahap 8 dari 10 walaupun ke hot an dirinya cuma tahap 2 dari 10. Mayb benar kata pujangga lelaki hot biasanya dapat perempuan krg hot dan juga sebaliknya.


Tapi..
Segala perasaan aku bercampur baur bila melihat gambar2 seterusnya.
Anda lihatlah sendiri.
Assalamualaikum.











Wednesday, July 22, 2009

Happy Birthday Mamu!



Siapa Mamu? Mamu atau nama manjanya Ahmad Syazwan b Zainal Ariff ialah seorang rakan cosmate chemical engineering yang dah melalui susah payah bersama aku selama 3 tahun di utp. Dalam gambar di atas dia adalah jejaka berbaju putih suci. Kerana hari ini 22 Julai adalah hari jadi Mamu maka dengan bangganya aku ingin membuat post special pada dia kerana aku tau dia skali skala stalk blog aku. Ya! betul tekaan anda kerana Mamu memang berasal dari Penang. Kami mula menjadi kawan baik bila aku sedar dia tidak pernah kisah gurauan2 yg menyentuh isu ukuran perut dan kaler kulit yang boleh disalah anggap sebagai isu perkauman. Selain pernah menjadi labmate kami juga sering meluangkan masa bersama untuk sesi mengumpat, meniru assignment dan mengutuk orang. Di samping mengucapkan hari jadi terhadap mamu aku juga dengan senang hatinya akan membongkarkan beberapa perkara yang pasti akan membuatkan mamu tidak tidur lena jika dia tau. Haha.

1. Mamu merupakan seorang jejaka paling efisien antara semua2 jejaka2 chemical engineering. Malah mungkin boleh dianggap idola. Jika anda rasa stress kerana anda tak mampu membuat assignment yang anda perlu hantar esok, just give him a call. Dont worry kerana dia ada reputasi sebagai pencari sumber jawapan terbaik di utp.

2. Mamu pernah dianugerahkan King of the Night semasa grand dinner batch. Maka anda sendiri dapat bayangkan betapa hotnya Mamu di kalangan gadis2. Aku sendiri pernah dengar gadis2 bercerita pasal Mamu. Tapi jangan risau kerana Mamu sememangnya masih bujang dan dia juga jenis lelaki baik yang aku jamin tak akan merogol kamu semasa atau selepas date.haha.

3. Oh ya, Mamu seorang yang pemalu dan sopan selain sangat rendah diri. Dia juga suka senyum tersipu2 bila dibahan tapi jangan risau bila2 masa dia akan membalas kutukan anda, kadang2 lebih dahsyat. haha.

4. Jika dunia boleh berbangga dengan teknologi internet yang semakin hebat dan laju kaw2, aku juga boleh berbangga dengan mamu yang ada kemampuan seperti internet. Kamu boleh tahu apa saja dari dia seperti gossip2 terkini. Hebat kan?

5. Rancangan kegemaran Mamu adalah Desperate Housewife ,Lost dan Smallville. Namun malangnya dia tidak dapat menonton2 bersama rumetnya kerana rumetnya Pedut lebih minat cerita2 drama melayu.

Mari ramai2 nyanyi Selamat Hari Jadi Mamu!!

Saturday, July 18, 2009

Post rawak serawak 2.

Post rawak serawak kembali! ya2. sebab esok aku dah nak balik utp dan maybe akan sangat sibuk (eceh, ceh, ceh, ceh) aku mahu buat post last seblum pulang walau x brapa ada topik. Maka guys, shut up , sit back, light your cigarretes and read on.

TV.
Ok. Since sem ni laptop aku wat hal sket kat umah so aku ada banyak masa utk tengok tv. Majoriti rutin harian aku adalah tgk tv. Keadaan lebih sadistik bila majoriti show yg aku tgk adalah dekat free channel mcm tv3, 8 tv, tv9 dan rtm. Astro punya channel mmg blambak2 tapi tataw la kan nape cam da bosan. Haha. Rutin harian bermula 230 petang dengan upik abu dan laura di tv3, terus menerus dengan lalola dan e-toyol.com. Sinetron indon mmg hebat kerana mampu membuat kita annoyed dgn tahap lakonan dan tahap cerita mereka tapi masih attracted utk terus menonton. Toyol ijau dalam e-toyol.com juga sgt comel. Lalola juga interesting kerana aku tak paham apa2 pun walaupun lama menonton. Dah nak abes cuti baru tau cerita tu pasal laki jadi pompuan. Haha. Malam rutin utk Bionik, Keliwon , Desperate Housewife di 8tv. By the way setiap jam 730 petang isnin n selasa korang kena usha tv9 ada ninja warrior. ala2 istana takeshi. menarik2. Wah. Las time aku tgk tv byk camni tym form 3 sebelum masuk asrama. Huyoh.



Legend UTP.
Bukan2. Legend utp bukan rektor utp. Legend utp adalah seorang pelajar lelaki yang aku tak penah kenal nama dan tak penah jumpa tapi aku acknowledged dia as a legend at utp. Aku pn just terjumpa cerita pasal mamat ni. Mamat ni telah berjaya menjadikan impian dan mimpi2 utp girls kenyataan sekaligus meletakkan tahap yang tinggi utk dicabar guys lain. Dari segi sebagai spectator aku respek tapi dari segi sebagai guys laen di utp aku rase wtf man u shouldnt do that now all of them will dream of the same thing! Haha. Apa yang dia buat? anda boleh baca di sini.

Remaja Perempuan.
Setelah meluangkan banyak masa menonton tv, aku macam tertanya2. Dan aku sure ramai remaja lelaki2 laen pun sama tertanya2. Utk gadis2 remaja diluar sana, ini soalan utk anda. Apakah bila kamu semua berkumpul, berborak dalam kumpulan, kamu cuma akan berbincang tentang datang bulan?Haha.

Oh dont get us wrong. We just thought mayb u only gossiping around in group. Only after all those Sari Yanti's teachings so now we know that u can talk all day about period in group. Yelah kan, remaja aktif tanpa halangan!Haha.



well she also use deodorant only on one side

Malaysia vs Man Utd.
Sekali lagi rawak tentang match ini. Lagi 2 jam je menjelang Malaysia vs Man Utd. Aku cam kecik hati bila baca surat kabar tengok semua orang wish gud luck to Malaysia utk menentang Man Utd. Kenapa takde org cakap gud luck dekat MU utk menentang Malaysia? Kenapa?!


saya wish gudluck MU menentang gergasi harimau malaya!

Thursday, July 16, 2009

how come, how sad, how terrible.

Ari ni cam bese rutin mengsurfing internet pagi2. Site yg bese dibuka pagi2 ofkos la news nyer site demi pastikan peka terhadap perkembangan semasa dan terkini. Somehow tertarik dengan news ini. Pasal pasangan couple yg membunuh dah dihukum hukuman gantung. Mangsa name dia Nur Juliana Md. Fuzi. Due taun lepas kes ni. Sebab aku cam curious2 aku pn google la details dia n the best thing ive manage to found a blog bout this, written by victim's bestfriend. So dapat la baca kes ni dgn lebih detail. N when i read thru the story thousands of emotions came. Believe me kalo korang baca pun mesti rasa mcm2.

The case goes like this, there was a this sweet 20-years old lady Juliana, a student at KUIAM. she has an old friend yang terpisah lepas sekolah rendah which in this story dramatically will be her killer. This Juliana is so sweet and faithful such as that she never skip prayer, and even hv bf she'll bring friends on her date. One day Juliana get a call from her missing old friend, asked to meet. Without any negative doubt she agreed. Her friends felt somethng was wrong on that day and suggesting her to stay home but she insists. Tragically she never went home after that. Her body was found in a hotel two days after that. A couple was arrested, which are Noralina, her old friend and Khairul Anuar the bf. After being forced Noralina told the police she want to rob Juliana but then killed her in afraid of her telling the police. and the sickest thing is this saying:
"sbb kita kawan lah, aku terpaksa bunuh ko"
this is exactly what she told the victim after Juliana asked her how come she do this to her friend.

WTF!
u r sick. u r one sick woman. i dont care how much u cried in the court because u r no human. u deserves the hukuman gantung. well u r lucky for having a little bit time to bertaubat.


I really just cant imagine how sick sometimes humans are.
click HERE for a detailed story from Juliana's bestfriend.




Monday, July 13, 2009

berlari ke langit.

ni aku jumpa satu artikel. cam menarik. aku tak selalu sgt post artikel kat blog tapi ni cam bes.


Boriska:a boy from Marikh.





Artikel ini mengisahkan tentang seorang budak bernama Boriska yang mengakui bahawa dirinya berasal dari Marikh. Namun dia dilahirkan dibumi dan baru berusia 7 tahun. Pendapat mengatakan bahawa mungkin pada kehidupan yang lalu (past life) Boriska mungkin benar-benar penduduk dari Marikh dan ia diakui sendiri oleh Boriska yang berusia 7 tahun itu.


Keistimewaan Boriska diketahui apabila dia yang menyertai satu ekspedisi telah menceritakan tentang Marikh, angkasa lepas, tamadun Lemuria dan lain-lain kepada anggota ekspedisi yang lain di malam hari ketika mereka semua sedang berehat di perkhemahan mereka. Sekumpulan anggota ekspedisi yang berasa teruja dengan keistimewaan Boriska telah melawat rumahnya untuk menemubual ibubapa Boriska dan Boriska sendiri.


Ketika ditemubual, Boriska mampu menceritakan pelbagai kisah yang menakjubkan seolah-olah dia sendiri mengalami peristiwa yang diceritakannya. Boriska menceritakan bagaimana Marikh mempunyai penduduk yang mempunyai tamadun yang maju suatu masa dulu. Oleh kerana Marikh ditimpa suatu bencana, semua penduduknya kini tinggal di bawah tanah (underground). Dia juga menceritakan bahawa ketika di Marikh, dia selalalu melawat ke bumi untuk tujuan perdagangan, penyelidikan dan juga untuk bertemu dengan kawannya, seseorang dari tamadun Lemuria.


Tamadun Lemuria adalah tamadun purba yang dipercayai mempunyai peradaban yang sangat maju. Apa yang menakjubkan ialah Boriska mampu menceritakan perihal tamadun Lemuria dengan terperinci yang mana ia tidak mampu dilakukan oleh para pakar dan saintis. Bukan itu sahaja, kewujudan tamadun Lemuria pun sehingga kini masih belum dapat disahihkan sepenuhnya oleh mereka. Ternyatalah, pemikiran Boriska mampu menandingi pemikiran para pakar dan saintis. Boriska mengatakan orang-orang Lemuria mempunyai ketinggian sebanyak 9meter. Kemusnahan tamadun Lemuria juga dikatakan disebabkan oleh penduduknya yang sudah tidak mementingkan aspek spiritualiti (kerohanian) mereka.






Ketika bercerita mengenai tamadun Lemuria, Boriska memberitahu bahawa dia mempunyai seorang rakan di sana dan rakannya terbunuh di hadapan matanya sendiri. Ketika itu, satu bencana telah melanda bumi. Satu benua yang besar telah tenggelam akibat bencana itu. Dalam pada itu, satu batu besar telah jatuh dan mengenai satu bangunan. Akibat dari itu, rakannya telah terbunuh. Boriska mengatakan dia tidak dapat menyelamatkan rakannya. Apa yang menakjubkan ialah Boriska menceritakan segala peristiwa itu seolah-olah ianya baru berlaku semalam.



Memang susah jika kita mahu mengatakan bahawa Boriska yang berusia baru 7 tahun itu hanya mereka-reka cerita. Banyak lagi yang diceritakan oleh Boriska. Bahan dan alat yang digunakan untuk membuat UFO, kehidupan di Marikh, tamadun Lemuria dan sebagainya.


utk bacaan lebey detail korang ley usha sini. click here.
ni artikel da lama kot tapi Boriska ni ada mensuggestkn 2009 ada major catastrophe di earth sebelum lagi sekali pada 2013. mayb H1N1? huhu. terserah.

Saturday, July 11, 2009

Post rawak serawak.

Post rawak adalah post pendek yang dibuat bila tiada idea atau kosong kerana terlalu berdebar2 atas beberapa sebab tapi tetap nak buat post baru. Iya iya aku tau korang annoyed kerana aku macam gila politik baru buat post smalam dah nak tulis post baru tapi peduli hape. Ni sume pasal nak hilangkan prasaan berdebar2 di hati yang agak2 pressure.Oh,jgn risau, kali ini aku akan hiburkan pembaca dengan menyelitkan beberapa gambar separa porno utk tatapan mata sebab aku baru perasan post2 latest sebelum ni aku tak ltak gmbar lansung.




Public Enemies
Aku baru saja menonton Public Enemies bersama adik beradik gros dan seorang gadis beri di Gsc Alamanda. Filem ini tentang seorg penjenayah yang diranking no 1 dalam top wanted man di U.S, John Dillinger (Johnny Depp) yang sentiasa diburu seorang ejen fbi Melvin Purvis (Christian Bale). Secara konklusinya jika korang enjoy gaya the Joker dalam Batman Dark Knight ini adalah lebey kurang sama cuma lebih classic. Apetah lagi yang mengejar penjahat pun adalah Batman iaitu Christian Bale cuma bezanya dia tak buat suara garau dalam kostum Batman. John Dillinger mmg style ala2 Joker lakonan Heath Ledger. Cuma slacknya filem ini adalah kategori filem yang aku akan sentiasa fast forwardkan jika tgk di laptop. So paham2 la betape slow nya dan stengah2 part je yang hebat utk tatapan mata.

Mat Rempit
Walaupon ramai rakyat Msia yang membenci Mat Rempit aku sebenarnya tak pernah rasa Mat Rempit adalah satu masalah. Ye lah, diorang lumba, terbang superman, satu tayar, drift moto sume atas risiko nyawa sendiri dan tak pnah mnyusahkan aku pun. Tapi baru2 ini aku berubah pkran bila kena saman x prasan road tax moto mati 3 hari gara2 ada Ops Mat Rempit Besar2an Satu Msia oleh Polis Trafik. Dem aku nyesal sebab tak drive hari tu. Gara2 Mat Rempit aku kena berdepan dengan Encik Inspektor yang cuma biasa ditonton dalam Roda2 Kota Raya di tv2. Aku benci mat rempit.



Utp
Okey. Perasaan menunggu result memang sangat mendebarkan. Tapi rasa cam hidu bau kaki bila tak dapat cek result kerana sistem baru diperkenalkan student portal prism utp yang cam agak2 minta penerajang. Berpuloh kali letak password, beratos password da dicuba sampai password yang baru reka-reka dan baru terfikir pun cuba juga tapi masih tak dapat log in. Perasaan berdebar tunggu result mula bercampur baur dengan perasaan marah dan anger. Naseb baik dapat tau ramai kawan2 seperti Rentap Brian Dit Ewa juga tak dpt log in. Akhirnya amek kputusan malas layan ngan sistem bodo tu. Pasrah saja.




Malaysia vs Manchester United
Aku bet Malaysia menang 4-2. Aidil Zafuan atau Nor Hafiz Zamani Misbah akan menekel Owen sampai injured tak boleh maen lansung utk 2 musim depan dan Patrice Evra akan pening diasak bertubi2 oleh Aidil Zakuan. Indra Putra akan cipta hatrik menarik dan satu gol lagi dari Safee Sali yang bijak memperdayakan Rio Ferdinand dan Van Der Sar untuk menggelecek sampai dalam gol. Rooney akan mendapat satu gol penalti selepas Owen injured dalam kotak penalti dan satu lagi adalah fluke gol oleh pemain baru Antonio Valencia yang ingat nak cross dekat Berbatov. Carrick akan dilayangkan kad merah dan Shukor Adan akan dianugerahkan pemain terbaik perlawanan. Penyokong Malaysia berbaju kuning juga meliputi 90% stadium Bukit Jalil berbanding penyokong MU berbaju merah.

Friday, July 10, 2009

aku benci.

tekak rasa loya,
perut rasa kosong,
kepala berhalusinasi,
jantung di pam laju,
jiwa rasa gelisah,
senyum hilang seketika,
mata menerawang jauh,
akal berputar laju,
bibir malas berbicara,
rasa tidak berdaya.

ya, aku sedar
6 ribu orang lain juga turut merasakan yang sama sekarang.
kalau aku jatuh,
rakan tolong benarkan aku bersandar pada kamu.
kalau aku naik,
rakan tolong hadir supaya aku dapat berterima kasih pada kamu.
moga aku dapat tidur dengan nyenyak tonite.


*aku benci malam sebelum exam result keluar*

Wednesday, July 8, 2009

Trivia Hari Ini.

Disini ada sedikit trivia yang masey tak sure dapat membantu kehidupan anda dari apa2 segi. Sila jangan membuang masa untuk mencari benefit membaca post ini terhadap diri anda.

1. Kebanyakan rakyat Malaysia masih tertanya2 apa itu PPSMI apabila melihatnya di topik utama surat kabar harian. Selepas read through berita dibawah tajuk tentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, mereka akan tertanya2 pula kenapa tidak disingkatkan sebagai PNPSDMDBI.

2. Perempuan Melayu berbaju kurung yang sedang naik basikal sambil ditiup angin sepoi2 bahasa adalah sangat hot. Tapi amat sukar dijumpai pada masa kini melainkan anda naik mesin masa kembali ke zaman 60 an.

3. Chun Hee dan Park Ye Jin dari korean show Family Outing telah keluar dari rancangan itu selepas tamat kontrak dan diganti dengan Park Hae Jin dan Park Shi Yeon.

4. Result exam Jan 09 Utp dijangka akan out pada 13 july 2009 secara official. Oleh itu rakan2 Chemi utp mari ramai2 tingkatkan frekuensi bacaan doa harian kita.

5.Harddisk IDE dan Harddisk SATA adalah dua jenis yang berbeza. Jika laptop anda ada hdd jenis IDE, anda digalakkan membeli external IDE juga so anda boleh tukar bila2 masa external anda menjadi internal hdd. Begitu juga sebaliknya untuk kes SATA. Tapi SATA diakui hdd yang lebih baik.

6.Adam Lambert nyanyi No Boundraaeeeeees Kris Allen nyanyi No Boundriiiiiiiiiiis.

7. The Stig dalam rancangan Top Gear adalah Michael Schumacher.

8.
Tandas yang paling afdal digunakan di Alamanda ialah tandas berhampiran panggung wayang. Jangan sekali-kali korang gunakan tandas berhampiran eskelator (sebelah arked) dan tandas di food court kerana kebersihannya di tahap gampang dan korang boleh melihat tahi terdampar di mana-mana.

9. Ramai selebriti yang tinggal di Bandar Baru Bangi seperti Mawi dan Ekin, Rosyam Nor, Cat Farish, Harun Din dan penyanyi nasyid Imad yang boleh berbahasa melayu dengan lancar selain mampu melukis garis lurus tanpa bantuan pembaris. Betul ni aku tgk dekat MHI dulu.

10. 2 billion manusia jadi saksi pengebumian Michael Jackson. 80 000 manusia ada di stadium semasa sesi pengenalan Cristiano Ronaldo. Tetapi tiada satu pun manusia mahu beli jersey Michael Owen di Manchester United.

11. Channel 303 di astro adalah KBS world, channel yang menayangkan cerita2 korea terkini. Jika anda peminat setia family outing anda juga boleh melayan show 2 days 1 night yang lebih kurang kelakar pada hari rabu jam 1120 malam.

Monday, July 6, 2009

Mmmuahhh!

Semalam 5 July 2009 memang hari yang meletihkan. Jika anda terbangun pada pukul 1 tengah hari dan masih mamai ketika menurut sahaja bila rakan anda menelefon mengajak anda keluar ke midvalley tanpa anda sedari anda sudah ada simptom2 h1n1 seperti sakit tekak dan sakit kepala pasti anda akan merasa sama dengan apa yang aku rasa semalam. Bersesak2 di dalam komuter semasa anda agak2 selesema di musim h1n1 ini juga bukan lah perkara yang baik kerana anda terpaksa mencuba sedaya upaya mengontrol selesema anda selain mengontrol kacak untuk mengelak dipulaukan penumpang2 lain. Impak h1n1 sekarang memang diakui besar kerana aku mula cuak bila simptom2 demam sekarang sama dengan simptom2 demam h1n1 yang ditayangkan iklan berulang kali di tv seperti sakit kepala sakit tekak demam selesema dan batuk. Damn. Mereka memang tak patut menayangkan simptom2 itu kerana boleh menyebabkan kecuakan yang berlebihan pada pengidap2 demam seperti aku. Sekarang aku lebih rela tengok iklan Hai-O kejayaan keluarga Pakcik Yusup berulang2 kali di tv3 dari tengok iklan simptom h1n1.

Tapi kalau betul aku kena h1n1 aku rasa ramai dah lagi manusia yang akan sama sama berjangkit.Kompem. Haha. Ainmisnan memang top list sebab dia seharian dengan aku di Midvalley. Tom si pendek yang selalu berkeliaran di Bangi juga turut mengalami risiko besar. Itu tak termasuk lagi rakan2 Bangi yang lepak bersama. Oh, by the way title hari ini ada kaitan dengan perkara yang agak2 memalukan terjadi pada Ain. Haha. Ill keep the secret well with me dont worry!

Aku juga perasan sekarang doa aku tak selalu makbul bila pagi ini sakit kepala n demam aku semakin terok. Uish. Tapi agak menarik bila tidur sebab didatangi macam2 mimpi menarik dan pelik, dan rasa real. Aku mimpi seorg rakan batchmates chemy mengandung dan beranak tapi anak dia meninggal. Dan dikuburkan. Tak paham maksod mimpi itu kerna macam agak2 menyebuk dan jaga tepi kain orang. Haha. Ada siapa2 yang hebat menafsir mimpi?

Oh. Sakit kepala semakin teruk. Doakan aku bukan pengidap H1N1 semua. Bubai!

Sunday, July 5, 2009

Kamu rasa kamu kewl? baca ini dulu!


Hari ini ada berita gembira untuk aku. dan juga mungkin some2 people disini. oyeah. mari sebut "cheers!" dulu ramai2 sebelum membaca berita gembira ini dan jangan lupa sila senyum2 sorang2 sebelum start baca. Eh, no no no. Bukan berita Owen dah join Manchester United, walaupon aku sangat puas hati mendengar berita itu since Syahirah Roslan punya most fevret player adalah Michael Owen (nickname dia Mrs Owen) dan kelab Manchester United adalah kelab yang paling dia anti. Ironi kan? haha. Mesti fikiran tengah konfuse nk sokong sapa tu. Takpe2, sedangkan Owen pun dah convert kami Fan MU menerima secara terbuka mana2 Fan yang nak convert.mari2.

Ok2. Pulang kepada berita gembira tadi, actually khas untuk peminat2 band english alternatif rock terawesome, MUSE. Secara officialnya, album terbaru Muse dah siap diproduce dan lebey better dah ada nama pun, The Resistance. Kewl kan. Review album pun cakap thats the best album they ever produced, menyebabkan tahap adrenalin2 kami peminat2 semakin naek dan excited. Bak kata Zane Lowe dj radio 1 BBC, "A beautifully recorded, strong, sweeping, fighting, uplifting, rocking, lilting and inclusive record about love." KEWL!


Track2 punya nama pun da ada.

1. Uprising
2. Resistance
3. Undisclosed Desires
4. United States of Eurasia (+Collateral Damage)
5. Guiding Light
6. Unnatural Selection
7. MK Ultra
8. I Belong to You (+Mon Coeur S'Ouvre A Ta Voix)
9. Exogenesis : Symphony Part I (Overture)
10. Exogenesis: Symphony Part II (Cross Pollination)
11. Exogenesis: Symphony Part III (Redemption)

Haa. Whoa. Perasaan bila tengok nama track2 ni sangat looking forward macam budak sekolah menengah form 1 nak jadi form 5. Will the tracks b as awesome and mindblowing as Hysteria, Falling Away with u, Unintended, Time is running out, Thought of the Dying atheist, New Born, and banyak lagi? Oh yea, we will never get bored of Muse!

Cuma slack sket, masih perlu tunggu hingga Sept 14 utk album ni launch. Urgh.