Friday, May 22, 2009

Tutup satu lagi novel.

Semester suda tamat. oyeah.
18 Mei mengconcludekan sem januari 09 utk aku.
So bila sem dah tamat mesti ada post tribute to this semester, cam sem2 lepas yang aku buat.cam utk sem July 08.

So, Jan 09 hv been a better semester for me, in a few aspects.
Idup lebey rileks dari segi personal problem, tak banyak drama, tapi lebih hectic dan kabut dengan aktiviti2 yang berfaedah dan juga tak berfaedah. haha.
Rakan rakan baru bertambah, multiply a lot. Dunia tak pernah kehabesan org2 yg berkepala tak btol yg sesuai jadi member. Rakan2 asis, rakan2 batch, rakan2 icep, rakan2 sbd, rakan2 v3 com, rakan2 v3sport carnival, rakan2 icheme, rakan2 bangi. whoa. im truly blessed with each of u.

Sem ni start dengan kebizian. Kebizian yang cam sampah. Oh kamon tiap2 malam ada meeting. rasa nak tembak kepala sendiri smpai terburai otak. Komitmen utk 4 benda skaligus, ICEP, ChemE Carnivale, V3 Sports Carnival, n Siswa Benci Dadah. Juga komitmen utk study dan lab2 diskusion yang berlambak utk pelajar2 chemi.

Meh tengok satu2.

Study: study sem ni macam sangat hebat bila ada empat subjek yang ada lab. Dan ada yang lab sampai 6-7 jam. Lab 4 jam adalah perkara biasa. Jeles dengan pelajar2 civil engineering yg merungut dengan lab 2 jam mereka. Dan jeles dengan pelajar2 it yang pergi lab tanpa kenal ape itu lab coat. Setiap minggu bergelumang dengan lab, lab report dan lab coat. Walaupun akhirnya tak taw satu hape pun yang dibuat berjam2 dalam lab tu sebab cume tekan button2 mesin. Last2 copy lab2 report senior. Satu fenomena biasa tradisi turun temurun.

V3 Sport Carnival 2009: Style gile v3 sport carnival taon ni. Meriah kaw2 lagi meriah dari taon lepas. Cuma supposedly main event sukaneka cam tak menarik sket berbanding taon lepas yang laen sume lebey hebat. Participants lebey ramai and im proud. Clap2 utk semua. Penat jugak jadi supervisor. Ngatkan duk melangut je. Pecah kepala gak rupanya.haha~


ICEP Bandung 2009: ICEP adalah benda paling bes pernah aku participate kat universiti. And please, to UTP students yang reading this, try hard to get into V3 next year, and dont ever miss the chance to join next ICEP, since v3 je yang organize. Pergi Bandung Indonesia, experience new things, have a lot of fun with friends, most of perbelanjaan ditanggung, this is undoubtly the best event a student can join. The job maybe is a little harder than event2 biasa but its really worth it. Semua family2 ICEP adalah kawan2 yg sgt bes. Maybe ada sikit2 yg tak bape nice di hujung2 tu but still we had great fun ryte. Dari training2 sebelum pergi, buat kerja, menari, semua something to be treasured.








Siswa Benci Dadah 09: SBD adalah event yg aku tak bape ikhlas nak join. Haha. Pengakuan yang terbuka. Join sebab roomate adalah Project Manager. Sori rumet. Haha.
Aku yang tak berapa baik ni mmg not really fancy event2 yang tak seronok and tak fun utk dibuat apetah lagi kempen2 kemasyarakatan ni.Tapi sebab rumet jadi PM maka dengan kurang ikhlas buat lah keja kempen utk membenci dadah ni.haha. Yea, kempen tu mmg bosan. Sumpah aku tak tipu betul. Bosan. Bosan gile. Bosan kaw kaw. Haha. Cuma nasib baik most komitee adalah nice dan bleh kate best so ke-best-an SBD 09 adalah terletak di social relationship antara komitee2 nya.



Cheme Carnival 09: ni event plg tak berjaye penah aku join. Haha. Dari 8 list events jadi futsal je. Malas nak komen banyak2. Tapi aku percaya aku n dak2 dept pnp dah wat yang terbaik and fulfilled our job. Thanks pnp dept!

The Journey of Gua Tempurung: Whoa. ni bukan event formal. ni bende2 ngarut yang timbul secara tiba2 dalam otak dan cuba direalisasikan dgn mengajak rakan2 chemy dan rakan2 asis join. Penat gak nak mengajak tapi las2 ramai yang ikot. Yang tak diexpect pun tiba2 ada. Itu memang something yang mampu buat tersenyum. Thanks kawan2!


Besday Ainpepel: Ni pun bende menarik utk sem ni. Prank besar kaw2 utk Ain. Haha. Memang seronok perasaan dapat tinggalkn Pepel sorang2 kat stesen minyak tengah2 pagi buta. Yeah.
Yang kiri ni Neasa. Sama2 sambut besday dengan pel. Neasa juga antara org plg sweet dan paling berkepala tak btol yang saya pnah jumpa sem ni.



Family Day ICEP: family day iCEP ni buat sebelum pergi. Time awal2. Time baru2 nak kenal dengan komitee2. tapi gile kelakar. Ada Frank ada Matzam cukup a utk meriahkan suasana. Maseh terbayang time maen Regu. Dem. Sumpah aku malu bila tringat balik. Haha. Sape yang tau jangan bising.


Besday Ieja: Ieja adalah seorang kawan yang pendek dan sweet. Juga dari komitee2 ICEP. Senior dalam v3 dan orang2 yg byk guide dalam v3. Ieja juga comel dan masih single. Siapa yang berkenan sila emel saya.



Family Day SBD: Seperti yang saya kata diatas, bila cerita pasal event, SBD adalah sgt bosan. Tapi bila cerita pasal komittee, mereka adalah sangat bes. Family Day SBD di teluk batik juga adalah seronok. Lepak2 tepi pantai sampai malam sambil barbeque ditemani kesejukan hujan dan angin bayu memang menyeronokkan. Dapat mendajal Ainmisnan Syira dan Izzah sepanjang petang dan malam juga menyeronokkan.


Jangan salah faham gambar ini. Semata2 untuk membuat balak Insyirah jeles. Haha.

Selaen review utk sem, mari review utk post2 yang saya wat sem ni.
Totally untuk period sepanjang sem ni cuma ada buat 19 post. Sikit je kan?
And post2 yang aku sendiri suka among those adalah ini, ini, dan ini.

Whoa.
To UTP and UTPians, till we meet again next sem!
Untuk rakan2 yang g intern i wish u a very good luck!




Monday, May 18, 2009

teori konspirasi.

Whoa.. Sorry to abandon u Mr. Goreng Pisang Cucur Udang!
Kinda bz. Life been a mess last two three weeks.
Berjaya survive final exam.Final exam paling dasat sepanjang duk UTP. Maybe sepanjang hidup juga. Gaya survive dengan style atau dengan nazak itu semua belakang kira. Yang penting buat masa ini lega amat dulu. Yang laen kita risaukan bulan 7 nanti tym result nak keluar.
Tapi.
Tetap ingin meluahkan rasa tak puas hati.
Aku rasa ada teori konspirasi utk mempressure aku dan sekaligus menghancurkan final exam aku kali ni.
kenapa?

Teori Konspirasi 1: Jadual exam yang dasat. Thank you Exam Unit.
Weh. kamon la. Tak penah lagi ada 5 paper dalam 6 hari aku pernah buat. tym SPM dulu pn ada la renggang due hari tige hari kadang2. kamon a. laen a exam hujung tahun kat sekolah rendah dan menengah. Tu ye a exam kanak2 hari2 buat pun takpe. Untuk exam unit, saya benci anda.
Saya tau, bukan jadual saya je teruk. Banyak cos laen yang bturut2 tiga empat paper final. Tapi saya ada lima paper bturut2 kalau dikecualikan ahad yang memang wajib cuti.

Mari lihat kembali.
Hari pertama. Safety. Berkobar2. Semangat final ada lagi.
Hari kedua,Process Instrumentation. Semangat masih ok juga.cuma penat skit lah.
Hari Ketiga, killer paper Reaction Engineering, badan dan otak sudah penat dikerah maksimum. Mata lebam tak cukup tidur. Mata berpinar2 dan mengantuk time nak jawab exam sampai gi beli air tin nescafe dulu sebelum masuk exam. Hasil juga tak seberapa. Down.
Hari Keempat, probstat, semangat hilang sepenuhnya. Jawab exam nak tak nak. Tak cukup masa utk revise. Tambah down masih ada. Plan utk mentally fit for the whole exam week hancur kat sini.
Hari kelima, Ahad, tiada paper. Rehat sekejap pun dah syukur. Petang dah mula kerah otak balik untuk paper killer esok.
Hari keenam, Separation Process. Antara paper paling banyak membaca, menghafal, dan mengira. Otak dah penat sangat. Juga tak cukup tidur.Bila abes rasa nak menangis terharu berjaya survive minggu exam yang dasat ini.

Ape ni exam unit? Ape ni?? Sem ni memang Exam Unit paling teruk antara semua department2 yang ada kat UTP. Paling teruk dalam sejarah. Lagi teruk dari dept ITMS yang sediakan internet sepantas kura2 tapi ada banner besar berterima kasih atas kelajuan internet yang berjaya menimbulkan rasa tanda tanya dalam hati. Lagi teruk dari dept Pak Guard yang semakin liar menyaman sana sini. Lagi teruk dari dept ESU Petronas yang suka lambat masukkan elaun.

Teori Konspirasi 2: Gangguan Mental dan Fizikal secara tak lansung oleh Management.
Sedang stadi, tiba2 ada semburan fogging tepi tingkap. Rasa nak maki. Kamon la. Tak penah2 plak sem ni ada fogging tiba2 time camni ada fogging.Kamon!
Sedang stadi, tiba2 ada bunyi loceng fire alarm bingit tak henti2.
Sedang stadi, cuba utk cari notes dalam elearning. Tapi elearning down dan timetable pun tak boleh bukak skali pun.

Teori Konspirasi 3: Kawalan ketat PakGuard yang menjadi-jadi.
Tiba2 semasa keluar Pak Guard check siap ambik matric card n tengok muka. Terasa macam penjenayah. Kamon la Pakcik. Ye la operasi cari budak jual paper pun ye la tapi tak perlu buat semua orang macam penjenayah. Ni semua konspirasi utk mempressure budak2 utp.

Teori Konspirasi 4:IRC tutup dua hari.
Aku tak pernah pegi irc sem ni. Even study week. Tapi pada satu pagi Sabtu aku dengan ikhlas terasa ingin study di irc. Bangun, tanya rumet. Rumet balas "IRC tutup". Konspirasi utk mengelakkan aku study dgn aman! Saje tutup time aku nak gi kan kan! Hasilnya rekod aku tak pernah jejak kaki irc utk sem ni dikekalkan.

Teori Konspirasi 5: Lauk Opah V3 same saja!
Ini juga boleh dijadikan teori konspirasi. Lauk-pauk cafe v3 tak membangkit kan lansung selera orang yang penat otak dan hilang selera makan. Mungkin opah dipaksa oleh pihak2 tertentu untuk menyediakan lauk pauk yang tidak membangkitkan selera makan so students akan semakin pressure.

Teori Konspirasi 6: Kematian Michael Scofield dalam episod final Prison Break yang mendownkan dan menimbulkan perasaan sedih dalam hati.
Ye. Saya sangat sedih. Malam sabtu saya diselubungi kesedihan sepanjang malam. Tak dapat study. Mungkin ada pihak2 memaksa FOX mematikan Scofield untuk menyebabkan kami pelajar2 yang nak amek final sedih dan tak dapat study.
"Be the change you want to be in the world" M. Scofield.

Dah la.Sampai sini saja teori2 konspirasi yang dapat dibongkar kan. Ini semua konspirasi siapa? anggap je la mereka2 ini macam The Company. Sape The Company? maybe pihak yang untung bila kadar2 failure pelajar meningkat. Lagipun aras gpa minimum pun dah naek 2.5 ke 2.7. Semakin pressure student utp semakin tinggi kadar failure kan? Memang langkah bijak untuk pihak2 itu di kala ekonomi dunia semakin gawat ini.

Haha.Dah terlalu hanyut dalam dunia prison break.

Wednesday, May 6, 2009

Luahan Perasaan Cuak Secara Formal.

Ini tanda2 saya dan rakan2 sedang cuak untuk menghadapi final.

1) Meja lebih kemas dari sebelum ini.
Tiada sampah2 diatas meja. yang ada hanya lec notes dan file2 subjects. mmg style nak study kene environment neat sket. kemas2 sikit.

2)Rumet menghilang ke irc dari pagi smpai malam.
Ini tabiat sendiri juga actually sem lepas dan sebelum2 nya.tapi irc itu terlalu banyak memori. Manis yang menjadi pahit. study di bilik yang tak bermakna apa2 mungkin lebih ok?

3)Tetiba akak kedai photostat dapat job photostat buku tebal.
Ye akak, ye. orang laen photostat dari awal sem, saya photostat time hujung sem. ye. pikir la ape nak pikir. urgh.

4)Semua orang lebih alert dengan masa, tarikh, dan hari.
Pada minggu2 kelas bleh kata kebanyakan student selalu lupa tarikh dan hari. Taktau dan malas amek tau lansung pn ada.Tak gi kelas punya pasal. Tapi bile study week semua students lebih alert dengan stiap detik, saat, minit, jam, dan hari yang berlalu. Sama juga macam hari2 skoler masuk lambat. Tarikh hari ini sentiasa ada dalam otak kerana tertunggu2 bila Petronas mau masokkan duet, sambil hati maki2.

5)Penyesalan kerana tak pergi kelas muncul.
Tak. Bukan sebab takut kena bar. Sebab kecewa tak de sumber soalan2 n latihan2 dalam kelas.
Apetah lagi bila orang kata biasanya lec itu keluarkan latihan2 nya dalam kelas. Oh dem.

6)Mapley ramai orang selepas pukul 1130.
Ini kerna rakan2 yang pulang dari irc. Lepak di mapley kononnya mahu celebrate kejayaan study utk hari ini. Padahal? Haha~

7)Ketiadaan kalkulator 570 sangat dirasai.
Satu sem takde kalkulator. No hal. Hilang ke ape ke lantak. Bukan guna pun. Rajen sgt aku.haha. Tapi bila next sem nak final, hati berat nak keluarkan rm45 utk beli kalkulator baru. Isk2. Asal bleh ilang. waa.

8)Gaya hidup sihat mula diamalkan.
Bangun pagi pukul 8 pagi, tidor malam b4 pukul 12. Sehat kan? No no no to tidor lambat. No no no to bangun lambat.

9)Perasaan geram dan bengang terhadap perangai diri sendiri muncul.
Semua orang boleh tafsir kenapa.

10)Winamp tak dibuka seharian.
Bilik yang tak pernah sunyi jadi sunyi. Stadi perlukan ketenangan. Sama macam ketenangan hidup single sem ini tanpa drama2 telenovela seperti sem2 sebelum ini. yeah

doakan aku berjaya final exam kawan2.
aku cuak.
kamon!!!!!


p/s: aku dendam dgn penyusun jadual exam unit. aku dendam.