Saturday, April 18, 2009

Cerita Seram Di UTP yang Anda takut tapi nak dengar.(Updated)

Ini entri seram. sila tutup lampu dan baca dalam gelap. kalau boleh dengar lagu evanescenes title haunted utk menambahkan elemen seram. Kalau agak2 tak seram jugak sila tengok filem Histeria dulu sebelum baca entri ini.

Okeh. Meh sini semua. Ini cerita kisah2 yang aku dengar selama jadi junior smpai la agak2 senior di UTP neh.
Tutup lampu yeh!

Kisah satu: Pontianak di village 5.
Ini kisah aku dgr dari rakan. Antara paling popular di UTP by latest. Ada dua versi. Hampir serupa tapi tak sama.

Pontianak di village 5: versi satu.
Ada seorang lelaki A, pelajar UTP. Kos dan year tidak dapat info. Dia kapel dengan seorang girl B dari UiTM. Nak diceritakan diorang ni pernah macam macam (terlanjurlah sengal!.buat2 tak faham.haha). Nak dikatakan the guy A ni akhirnya jumpa seorang girl C belajar kat UTP gak n terus jatoh hati. (audio: jatuh cinta lagi -MATTA). A pun putus dengan B, tinggalkan B yang terpinga2 ni. Kerana frust B nak datang UTP, tapi accident tengah jalan. Meninggal. B dikatakan kemudian jadi pontianak dan menganggu hidup A dan C kat UTP. Kes ini dikatekan sgt teruk smpai Ustaz Harun Din pernah datang tapi tak berjaya buat apa2. Dengar cerita si A smpai pernah dapat msg dari nombor hp B walaupn selepas B meninggal.

Okeh. itu versi satu. ini versi kedua pula. Lebey kurang sama, tapi more details dan perencah2 cerita yang lebih hebat. haha.

Pontianak di village 5: versi dua.
Ada seorang lelaki A, pelajar UTP. Bercinta dengan si gadis B, juga pelajar UTP. Gadis C pula bercinta dengan jejaka D. Dua2 taktau pelajar mana. Tapi jejaka A dan awek B adalah kawan kepada gadis C. Ceritanya gadis C pernah macam2 dengan jejaka D (terlanjur lah! kena explain lagi sekali ke!) sampai mengandung. Namun kisah chenta C & D tak kemana ble clash tengah jalan. Kemudian si jejaka A dan aweknya B simpati kepada gadis C yg mengandung dan decide utk membantu dan take care si gadis C seberapa yang mampu. Sebab jejaka A begitu caring, akhirnya gadis C jatoh hati kepada A. Awek B dapat taw n marah dengan gadis C. Sejak tu jejaka A dan awek B menjarakkan diri dari gadis C, meninggalkan si gadis C tpinga2. Dah la mengandung. Satu hari keluar newspaper mayat seorang gadis mengandung djumpai. Yes, mayat gadis C. Taktau punca kematian. Dijadikan story mory gadis C ni jadi pontianak dan merasuk awek B. Jejaka A ni tinggal kat village 5. Mula2 jejaka A ni tak perasan awek B ni dah dirasuk C sampai la satu kejadian. Lebey kurang camni.

Jejaka A call awek B seperti biasa.
"Hello sayang. blablabla"
B membalas " Yes sayang bla bla bla"
selepas cakap dua tiga minit talian terputus.
Jejaka A menyalahkan line handphone dekat v5 yang sememangnya smpah.
Jejaka A call lagi B. Komunikasi semula. Tapi suara B macam lain sikit.
Dua tiga minit talian terputus lagi.
Jejaka A call lagi dan perkara sama berulang2. Suara B asek tukar kejap lain dan talian kejap2 terputus.
Sampai la las sekali tiba2 selepas angkat phone B jawab:
"Eh sori la. tadi tertido la.."
Jejaka A terkejut dan pelik. Dah tu sape yang angkat lime nam kali n jawab dia call tadi??!
Pastu bila jadi macam tu lagi, Jejaka A rasa lain macam. Dia beranikan diri.
" Sape yang cakap ni. Baek cakap betul2."
"Oh.. dah kantoi ya..(lebey krg cani ah!) Ni saya.. C."
"Ha? la.. gadis C. lama tak dengar berita. Katne ni? camana bleh jawab handphone B ni?"
(Jejaka A masih tatau berita kematian C)
"Oh.Saya ada sini. saya dalam badan B.."
Jejaka A terkejut. Cuak mula menguasai diri.
"Ye la. Aku tau kita ada byk benda utk disetelkan. Meh la jumpa face to face"kata Jejaka A.
"Oh nak jumpa? mari la. tengok la luar tingkap." (utk pngetahuan jejaka A duduk v5 third floor)
Jejaka A tak berani menoleh tepi tingkap nya. Bulu roma naek. Rumet jejaka A time tu cam terdengar then cakap
"Oihh. Aku nak jumpa dia gak. Mana2?? Luar tingkap je?haha" Rumet Jejaka A cakap gaya gurau.
Tetiba serentak dgn tu handphone rumet jejaka A berbunyi. Bukak ada sms bunyi lebey camni.'Nak jumpa aku? pndang luar'
Bila dorang pandang luar tingkap dorang ade pontianak terbang ngilai.
Rumet A demam truk sejak tu.

Cite ni dikatakan jadi awal sem ni. Time tu satu aras jejaka A tu tutup tingkap n langsir bila malam. Jejaka A n Awek B pn dikacau dengan teruk. Dalam version ni Ustaz Harun Din antar anak murid dia datang tolong tapi dengar tak dapat buat apa2 sebab pontianak tu seblum mati dah tak islam. Tatau a apsal kan. Tu je a kesah pontianak di village 5 ni. Diingatkan lagi, ni kisah yang aku dengar dari rakan. Aku renung sendiri cam banyak perencah2 cerita yang sebabkan cerita ni bleh wat filem so aku pn tak caye sgt. Maybe betul ada n maybe cuma ditokok tambah, Wallahualam.

Kisah dua: Kenapa block akademik UTP tak complete?
Ni diceritakan rakan aku jugak. Kata rakan aku ni lec UTP Dr Naufal dah bagi segala jawapan. Kan UTP cuma ada Poket C and D, mana pergi poket A & B? Semua orang tau dalam plan UTP bentuk blok akademik cam bintang tapi yang siap cuma separuh bintang. Tak mungkin Petronas tak cukup budget or malas nak sambung benti sparuh je buat building kan? dah seploh tahun lebey UTP tapi Petronas tak sambung pn buat. Dr Naufal pun cerita kat bdak2 ni. Nak dijadikan cerita tym diorang kosongkan tanah utk wat poket A n B ada pekerja2 mati. Macam2 la jadi. Tu sebab kosong je tanah luas utk poket A n B tu. Dr Naufal kate gak, lepas pukul 6 petang dia akan blah dari situ utk mengelakkan nmpak benda2 plik. Sebab kata dia memang lepas pukul 6 petang macam2 ada kat situ. cam astro. haha. Kalau korang berani gi ah lepak memalam dekat tepi blok 5 blok chemi tu.And nasihat ikhlas, jangan lepak, drive sorang2, or naek moto sorang kat jalan belakang utp tu. huhu~.

kisah tiga: Lembaga Putih Kellie Castle.
Ni cerita dikatakan jadi sem lepas. Member cite gak ni. Haha. Kisah beberapa rakan pulang nak balik UTP lepas berpoya2 katne ntah lalu Kellie Castle. Bila lalu dorang nmpak lembaga putih elok je tunggu tepi jalan. Dorang cam tersentak and sorang mamat dalam kereta cam point ape benda tu? Dak2 laen diam je. Smpai UTP tibe2 blackout. Malam tu salah sorang kawan dorang histeria.

Kisah empat: Kisah Aku, Rentap, Quek, Vince, dan Madi.
Ni cerita diri sendiri. Tapi feeling seram kaw kaw utk kami. Kitorang baru pulang dari ipoh. Vince drive. Pagi buta. Time lalu jalan kosong gelap panjang nak pulang ke UTP dari Ipoh tu, Madi dapat idea bengong. Aku duk blakang Vince yang tengah drive. Madi ngan aku ntah apsal wat plan nak terkejutkan Vince yang ngah drive. Aku bkak tingkap, kuarkan kpala smpai bagi leklok luar tingkap driver,than ketok tingkap. Bajet ala2 kepala sergah dari luar tingkap tbe2 ar. Pastu Vince cam tkejut tak tkejut je. pastu kitorang gelak2 jap.tapi bila masuk je kepala, tutup tingkap tbe2 sume diam. Bulu roma masing2 naek. Tp msg2 tak ckp ape2 pun time tu. tak lame pastu tibe2 ade lori besar dari depan bagi lampu tinggi kat ktorang, cam nak bagitau sumthng. Lepas lori tu ade lagi satu kereta bagi lampu tinggi jugak. Masing2 mula rasa seram gila sebab pnah dgr cerita Madi pasal orang depan bagi lampu tinggi nak bgtau ade makhluk terbang atas kereta pakcik dia. Pastu masing2 dalam hati tak cite pape pn kat org laen tapi baca doa mcm2 dalam keta tu. Smpai Utp, kat pondok pak gad, pak gad yang jaga depan tu plak wat benda plik. Dia greet kete kitorang tak pandang kitorang pun, tapi pandang atas kereta kitorang. Pastu trus cakap boleh jalan. Matrik kad pn tak tgk. plik kaw2. Tetibe kitorang lepas je pondok pak gad tu, terus blackout. Satu utp gelap. Sampai bilik kot baru terang. Masing2 dekat bilik baru bkak cite perasaan seram masing2. Huish.

Kisah lima: Kalau anda duduk di v2 blok laki, jaga2.
Perasan tak, tepi blok b, dekat parking atas, tepi ampaian, ada satu pokok. sila jaga2 dengan tempat itu. Muaz member aku, bapak dia En. Azhari antara architect2 petronas yang turut terlibat untuk build UTP ni jugak. Dia ada cerita gak sebenarnya sebelum buat UTP ni area perkampungan Bunian.

Kisah enam: Anda ada event di Undercroft?
Ni alkisah nya, aku sem lepas jadi head CnP utk v3 dinner di undercroft. Dinner kitorang adalah event student first yang dapat kebenaran buat kat hall undercroft. Lepas tu cam banyak gak wat. Tapi time kitorang buat, fellow aku, En Kayrool, org kuat ITMS dept ade la cerita kat aku. Cakap tak payah set up tempat dinner tu awal2, sebab kitorang patutnya cam kena buat hiasan ape suma awal2 kat undercroft hall tu. Sebabnya, pernah jadi, malam ni pintu kunci pn barang gerak sana sini esoknya. Mule2 aku blur dgr ayat tu las2 baru faham.haha. Management tau sgt hal ni. Undercroft pn dgr ada bahana2 gak time pembinaan dia. So lepak di undercroft malam2 adalah tindakan yang kurang bijak.haha.~

Kisah tujuh: Sorang budak Utp yang ada kemahiran melihat sesuatu yang laen.
Aku pernah masuk peerhelper UTP. Pernah pergi training bersame Quek. Faci UTP, Pn Maznah antara yang train. Dia cerita macam2 experience die kat UTP, dari budak2 laki nak bunoh diri smpai la cerita ni. Pn Maznah cerita, ada seorang dak UTP (x sure da grad ke blum), ada kebolehan tgk makhluk2 laen. Dak ni dah ada kebolehan ni lama, tapi still pressure bila tengok benda2 tu. Burok amat katanya. Dak ni cerita, takyah cakap la kat tmpat2 sunyi blakang UTP, dekat jalan nak gi poket D dan depan poket D pun macam2 makhluk gayut2 sana sini. Dia cakap UTP mmg banyak sgt makhluk tuh smpai dia sesak nafas tgk kiri kanan. Aku sendiri tym balik dari poket D malam2 pun pernah tengok depan mata anak kucing tengah melompat2 maen sumthing yang macam kalo kita hulur tali tu dia nak tangkap2 tu, padahal tade ape2 pun kat situ. Ni jadi dekat nak naik bukit tepi poket D tu tym orang nak balik tu.

Banyak jeh cerita2 laen lagi. Tapi ni la yang antara patut diconcern. huhu~
Yang penting, jangan caya sgt. Cerita2 ni pun ada yang ye ye betul ada yang ye ye je betul.
Wallahualam. yang penting Allah itu maha berkuasa dan manusia adalah makhluk Allah paling sempurna di muka bumi. Yeah!

***UPDATE***

neh ada respon2 komen2 yang rajen n cool kaw kaw mengsharing cerita2 pelik lagi yang ada di utp.

Mr/Ms Anon 1:
"Wa... UTP nie tmpat berhantu ke? Ari tu kwn aq pown hmpir2 kene sbb lalu block 17 menuju ke block 16... bapak a... smpai rs bunge dlm mulut... sbb dy x sngaje trtegur bau tu... sorg lg tman dy lepak je mlm tu(yg pegi ngan dy a-tp bkn awek or balak), ish3... pe nk jdi...? nape plak bnde mcm nie brlaku ek? hntu pown nk msuk U ke? wat pe? nk amik kos pe? sijil pe dy org dpt? bnde yg memusykilkn... hrm???? sape2 blh jwb?"

owh.nice. rasa bunga dlm mulut. Cuak itu. Ada pak gad stori gak dekat block2 17 16 tepi2 poket c tu kadang2 boleh nampak benda putih melintas laju2 terbang. Sekelip mata. Hantu tu bkan masuk u la. kite yang masuk u dkat tmpat dia. Buat lagi UTP kat pedalaman. wat ah kat Bandar Baru Bangi ke...(haha nak gak dkat ngan umah sdrik!)

Mr/Ms Anon 2:
"senior ak kat UTP cer kat kellie castle tuh
mmbe kpd mmbe n mmbe mmbe snior ak nih...
die n fwens nak blek UTP drive through jln dpn castle tuh...
ttbe de nnek kat tepi jln...
sume snyap...
cdg nak lalu je la,xnk pndg nnk tuh...
ttbe je mati enjin!!
dpn2 nnek tuh plak!
driver die cube la nk statkn blek..
nnek tuh jln dkt kete tuh...
mseng2 da x keruan..
nnek tuh dtg dekat n pndg2 lam kete tuh..
sume da xleyh nak watpe da..
lps nnek tuh ngok lam kete tuh, die pown blah (mybe sbb die tgok kete tuh full kowt, kalo x musti die tmpg skali... heeeee~~~)
lps nnk tuh da x dnmpak dek mate, bru kete tuh leyh stat blek...
kufufufufufuuuuuu.."

Moral: sentiasa check kereta anda sebelum perjalanan. Seblum anda ditumpang nenek di kellie castle.

Mr/Ms Hadio:

"ni cte ak dgr ms found 1st dlu
bdak2 found gk cte ms tu
dlu kn dpan ch tu jln nk pgi old v5 tu under construction
runtuhkn bngunan2 usm tu nk wt jln
so ad la divider jln tu kn
ala yg merah putih tu
tp gne yg tggi tu, cm dinding
ad geng2 yg sllu blk lwt cte dorg nmpk ad mnde putih brlari2 ats tu ulang alik

lg 1, ak pnah jln lwt mlm gk lalu ctu
sunyi je
den ad sorg dak laki ni duk sorg2 kt jln dr blkang mph tu
da la bju putih
ak ms tu ngn mmber
dr jauh tgk die xgrak2
smpi dkat ak pn bajet cool la tegur tny wt pe
die jwb tggu kwn pstu snyum je
cm xde prasaan
da la lm glap sorg2
ak pn jln je la trus
nk toleh pn seram hahahaha"

Haha. Ni tempias2 antu undercroft gak nihh. Tapi ade budak chemi batch aku sorang, pompuan, dia dah kluar UTP ah tapi. Tak sure ape prob. Tapi dak2 batch aku cerita dia selalu lepak tepi hutan tgh blok akademik tu sorang2 tgh2 malam. Haha. Cuak kaw2. pelik2 gak prangai student UTP.


Haaa. kan dah cakap dah kan! banyak kot cerita2 pelik kat sini. Bila nak ada event ala2 seekers kat utp. Msti cool. Haha~ Aku tunggu! Panggil aku kalau ade!
**thanks guys yg share stori. kamu hebat*

Sajak untuk diri sendiri. =)

I’m sure that I will always be
A lonely number like root three

The three is all that’s good and right,
Why must my three keep out of sight
Beneath the vicious square root sign,
I wish instead I were a nine

For nine could thwart this evil trick,
with just some quick arithmetic

I know I’ll never see the sun, as 1.7321
Such is my reality, a sad irrationality

When hark! What is this I see,
Another square root of a three

As quietly co-waltzing by,
Together now we multiply
To form a number we prefer,
Rejoicing as an integer

We break free from our mortal bonds
With the wave of magic wands

Our square root signs become unglued
Your love for me has been renewed


"The square root of three"

David Feinberg


**cerita apa saja pada aku. sentiasa ikhlas jadi pendengar.**

Wednesday, April 15, 2009

Eupho 09.hmm..hmm..


Last friday nite went to Eupho 09.UTP biggest battle of the band.
Plan to seat with Amin Dit n Pepel,
but due to some technical problems ends up lepaking with dia nih.
Its still fun though. Layan kerencatan kepala dia ni bleh sebabkan otak sewel.

Eupho this year compiled few new line-ups of finalis, such as Crash n Burn & Morven.
2-year champion Capoiz also there,n we also have Bandjamen & Tomorrow Ends (sori x sure ni new face or not).

I was one of the last year Eupho committee.
B4 the event started my heart was filled with hope of enjoying another great show this year.
Lagi2 with Matzam's band The Morven is on the finalist list.
Somehow after the show i can conclude the Eupho 09 didnt get even close to meet my expectation.
why?
  • most of the bands perform poorly this year (except Morven, of cos). even the fantastic Capoiz,the band that last year suprised me with their cool modification of Elyana's song and i was really hopeful that they will pull another super performance.
  • Most of the song are in Malay. Common ones with common arrangements lak tu. Only the For once in my life by Stevie Wonder (performed by Capoiz. sadly the woman singer is just too pitchy) and Me myself n I (performed by Morven.Self composed.) are the two songs that attracted me the most. Asal sume band tak composed lagu sendiri a? kan smart.
  • The event flow was a mess.
  • Sound system. Oh Kamonnn. Macam dgr bintang rtm dulu2.
  • Rector singing gimmick? too last year, boy. Not excited anymore.
  • Poor format. Winner decided based on instrumental battle? oh Kamoonnn lagi. dah la sound system tak ok. Last year's format is better.
  • Morven second? Morven is way too cool and great to be the runner up. They should enjoy the grand prize. (go Matzam go! go Patom go! go Joe go! yeah!)
  • for the EMcees, someone pls help me by switching off their mic.
Hehe. but still, Eupho isnt that bad. After threwing all the bad points i still feel we should have another better organized Euphonious next year. Well, its the first event i ever joined in UTP, and i shared a lot of nice memories with Eupho. This year maybe not as great as last year's, but maybe next year's Eupho will be far better. Perhaps we can call Aweera OIAM yang rock kaw2 itu datang next year? hehe.



ape la aku mncarot tatkala 2 tests coming up petang n malam ni. ish2. Anas!!!!!


Monday, April 13, 2009

Bufday si Pencacai.

11 April 2009.

Mission Objective: Mendajal Ainpepel sempena Besday 7 April.

Mission Hicom:
AminKrkic (General)
Anas (Commander)
Dit (Mission Sergeant / Project Manager)
Zaira (Set-Up Koperal/FnB Manager)

Mission flow:

0900 : Meeting to plan the event via the new high technology communication medium (Yahoo Messenger) . Set the time of event at 2230.
Jobscopes divided: Amin - Cake, Utilities (Pinggan cawan), Kordial etc.
Dit - Food, food, and food.
Anas- Drink tank, ice, food in tray, Bbq set-up.


1500: the girls gone out to buy everything for cooking.


1800: Start cooking. Food to be prepared: Marinated Chicken for BBQ, Fried rice, Coleslaw. The chemi girls were in charge.


2230: Set-up time for the event. Dit was looking kinda serabut. Asek ke hulu hilir, ke sana sini tanpa arah. Bz kaw2 PM tuh. haha. Forced to change the venue decided earlier (Pavilion) due to some technical problems. Manage to get a pondok at tasik as the new venue. Smarter, Better.


2300: Evryone maki Dit because didnt buy starter for preparing the arang for BBq. Dit disuruh read BBq for dummies. Haha. It took us 2 hours for bbq preparation. Ainpepel the targetted victim was left alone at her room at the time. Sume orang bgtau ade meeting, went to ipoh and etc.

pepel
: woi
ngantok ak bru bgn nmn did asal dier xon9woi setan demmit xgune ak sorg2 kot
pepel: anas bengong
mn ko sengal
busan giler
demmit smua org cm xder jer

Haha. sian lonely girl.


0100: The true event to begin!! Dit roger Ainpepel utk ke Mapley. Kata Amin n Anas ajak cam biasa. Pepel agree and there we go. Sampai Esso, stop jap for fuel. The fuel station was so lengang tade orang lansung. Sunyi je. Pepel was asked to pay at the counter. Once she near the counter, bukak tingkap, jerit Hepi Besday Ainpepel kuat2, and drive away. Pepel shocked, terus terduduk . Haha. Gelak macam nak mati time tu. Sumpah klakar.
Sian gile duduk sorang2 pompuan tuh. Call pepel ckp pndai2 la survive. Cabaran 21 tahun. Be independent. Kene maki sranah ngan pepel. haha.


0120: Zaira roger that Pepel mintak dia amek. Suh Zaira hold dulu jangan amek awal2. Lambat2 sket. Ada la dekat 20 mnt minah tu duduk sorang2. Haha. Sian gile duk sorang2 dekat stesen minyak memalam sunyi tade orang. Mmg die dah maki2 kitorang time tu.


0140:Zaira amek dekat stesen minyak. Nak menangis dah minah tu.Zaira bring Ainpepel to the party venue disambut dgn meriah. Yeah. Hepi 21st Besday Pepel!!






















"untuk Ainpepel slamat hari lahir ke 21, moga panjang umor, murah rezeki, dapat balak kacak, pointer mncanak naek, semakin hot dari hari ke hari. kamu besfren yang klakar kaw2!"

**mission accomplished**


Friday, April 10, 2009

10 perkara sedang bermain di fikiran aku yang kamu nak tahu sangat. (kan?.haha)

1. Berperasaan sangat heaven kerna minggu ni sudah berjaya habiskan assignments, test, presentations yang berlambak. aku rasa aku macam bionik man. iron man juga mungkin. cool kan? Tapi aku bukan SALESMAN!!! (untuk sesiapa yang patut terasa).

2. 7 april lepas adalah besday Ainpepel, mere sahabbattein (slang hindustan plis). Aku dan Dit (makhluk tuhan paling demit.betul.) menyambut besdaynya secara besar-besaran dengan makan megi goreng mapley bertiga sambil duduk diatas lantai di tepi cafe v5 area yang gelap2 (simbolik kan?haha).  Mari semua sama2 wish Hepi Besday Ainpepel! demi mengurangkan kefrustannya akibat parti yang tak seiring dengan expectation. haha.

3. Sedang sangat memerlukan laptop/desktop baru yang lebey mantap. laptop sekarang semakin tidak mampu menanggung kapasiti kepakaran IT aku. Bukan untuk gaming okeh, dunia gamers dah lama aku tinggal. Tapi mungkin kembali bila siri Hitman baru keluar lagi. Oh, duit..jatuhlah dari langit. jatuh lah. come2 to papa.

4. Terdetik juga kat hati untuk rindu moment2 berdua lebih baik dulu (ini mungkin akibat roomate yang asyik bergayut di handphone di pagi dan malam hari). Tapi bila terfikir effect buruknya lebey banyak secara personal untuk diri sendiri, dan percentage untuk diri sendiri menghampakan perasaan orang lain lebih tinggi, nampaknya berseorang lebih baik. Yeah.

5. Agak gusar untuk post blog sebelum ni. Angin Bandung masih berlegar legar dalam kepala. Risau bahasa2 Sunda memenuhi blog (GEDIK ANAS KAU BARU PERGI EMPAT HARI DAH POYO). Awkward rasanya bila berchatting tetibe keluar slang2 indo. Terpaksa mengkaji blog Hanis Zalikha untuk mendapat kan feel Malaysian semula. haha. Cheeky sangaattt kannn blog tuh. Ayat capslock di atas salah satu cubaan meniru Hanis zalikha menulis. haha. rasa hadek hadek sangat.

6. Juga baru perasan saya selalu blank apabila berchatting. Tak kira dengan siapa, walaupun seseorang itu sangat bes, even saya sangat interested untuk berbual dengan nya, tapi saya tetap blank. Saya perasan ilmu dan taraf chatting saya belum mencecah tahap moksya seperti Quek dan saya sangat membosankan apabila berchatting. Lebey baik kamu datang saja berbual bual di depan dengan saya untuk komunikasi yang lebih menghiburkan dan bermanfaat.Serius. haha.
 
7. Final exam semakin dekat lah. Tapi sem ni saya semakin malas stadi. Agak cuak, tapi orang kata cuak2 syaitan sebab masih terus bermain dan tengok muvi. Dush! Mati ah kena marah ngan Pn. Sobariah Baharom kalau result jatuh lagi. Perlu mengejar kembali Dekan award itu, demi Sushi King yang dijanjikan seseorang.

8. Sedang Bahagia selepas seminggu menceburi suasana kempen Siswa Benci Dadah dan tak sudah2 diberi option Anda Pilih? Anda Pilih? dimana mana. Next sem mari buat Siswa benci Chacat, Skandal, Terenchat, dan Tom. Compile banyak2 skaligus. (saya tidak masuk dalam list ini kerna saya neither chacat, nor skandal, nor terenchat, nor Tom.haha)

9. Baru menang pertandingan Montaj yang ada award RM 150. Dimana dan bagaimana, itu tidak perlu dicheritakan untuk siulan mana2 remaja. haha dem tetap nak gak masuk nama blog itu. Pastu gembira kerna berjaya memproducekan ICEP Bandung the movie. Duration 1 jam 51 minit. Puas ati gue kerna semuanya gue ini yang edit dan hasilkan secara solo. Sila la usha dc++ anda untuk mendonlod. Pasni nak wat Cicakman 3 plak. Yeah!!

10. Rasa guilty kerana tidak lakukan tag2 yang orang tagkan ke atas saya. Maaf ya. Nanti2 saya free saya buat. Walaupon selalu free tapi ranking melakukan tag dalam hidop sebenarnya agak rendah so terpaksa menyetelkan perkara2 lagha yang laen dlu. Maaf ya!!








Thursday, April 2, 2009

Cintaku tertinggal di..?


cintaku tertinggal di bandung.


kamu ratu.kamu cantik. kamu cun.

\
berzapinnnn.













klia.






??????.


tangkuban perahu.




icep d amor.




thousands of stories, thousands of memories. i love u all icepians n bandung.
malas nk cerita details lagi. nikmati pics dlu. yeah.