Wednesday, March 18, 2009

Buletin Utama Tv3.



Buletin Utama Satu(Seksyen Jenayah): (Sumber dipetik dari www.bharian.com.my/Jenayah)
Seorang Lelaki Pemburu Sedang Diburu.

Tronoh 18 Mac - Seorang lelaki bergoggle tebal dan berambut korea diburu pihak berkuasa untuk dihadapkan ke mahkamah atas kes pecah amanah sebuah syarikat telekomunikasi. Beliau, Asmadi Othman bukan nama sebenar, 21 tahun, telah dituduh melakukan jenayah tidak menyelesaikan hutang bil bulanan maxis dan digesa membayar rm100 dengan kadar segera untuk mengelakkan dipenjara. Asmadi yang agak terpinga2 dan cuak ultimate menjelaskan die telah lama buang kad sim nya tanpa teringat untuk mematikan line pascabayar maxisnya. Asmadi berjaya ditemui pihak berkuasa di sebuah kedai tatu, dipercayai sedang cuba melakar peta penjara sungai buloh di badan nya. Asmadi di rumours cuba merangka strategi pecah penjara malangnya otaknya tidak segenius Michael Scofield.Apatah lagi dengan markah test sebanyak 2/40 mungkin dia tidak mampu membuat pelan pecah reban skalipun.Haha.



Buletin Utama Dua (Seksyen Sukan): (Sumber dipetik dari www.kosmo.com.my/sukan)
Aku Lelaki Berjaya Menepati Ramalan.

Tronoh 15 Mac- Team Aku Lelaki, dianggotai oleh sekumpulan pelajar2 Chemical Engineering 2nd year 2nd Semester berjaya menepati ramalan awal pemerhati2 sukan apabila berjaya kalah kesemua perlawanan tanpa gol dan bolos besar dalam pesta Futsal ICheme pada hari ini. Kapten team Aku Lelaki, Amirul Asraf b. Askat berkata, " Team Aku Lelaki ada potensi besar, namun atas beberapa faktor seperti kekuatan angin, arah pergerakan awan, dan kekurangan gula dalam badan, Aku Lelaki tidak dapat perform sehabis baik dan dibelasah mudah. Apa apa pun tahniah kepada pasukan foreigner Kush kerana berjaya mencipta treble apabila menang 3 tournament futsal dan street soccer berturut2 di UTP." Wartawan juga sempat menemuramah Nur Ain Rahman, pengurus pasukan Kush untuk mendapat kan pandangan beliau. " (baca: slang) Oh, yeah. Im pretty happy n proud to b d winna of diz competition. Yeah people can say we are foreigners, we got all d physical strengths, our technique are miles above d others, but hey, we are still the same human beings that need to unleash all our potentials in order to win this competition. My boyz did well, and maybe we'll have a shuffle party tonite to celebrate this winning. Letz shuffle!". Secara umumnya Topek the project manager nampak berpuas hati dan gembira walaupun semua orang terpaksa mencari krim2 Fair n Lovely akibat sunburn yang amat lepas bermain di tengah2 hari buta. Terima kasih juga kepada 16 team yang participate. Cayalah Cheme Futsal!


juara treble, Kush.(sumber gambar:Reuters)


Manager Pasukan Kush sedang merangka strategi pasukan.(sumber gambar:Reuters)


ketua pasukan dan team manager pasukan Kush. (gambar ini tidak diedit dari apa2 segi.kompem)

Futsal IchemE sgt rock. (sumber gambar:Reuters)


Gadis2 penyeri. Penganjur mohon maaf kerana ini saja yang dapat kami sediakan. Haha. (sumber gambar:Reuters)



Kapten Aku Lelaki merembat bola. Rembatan ini lebih kepada perasaan bencikan pemain lawan.




team organiser. kamu hebat.


sunburn yang amat.tapi tetap cool.


Buletin Utama Tiga (Seksyen Pelajaran): (Sumber dipetik dari www.utusan.com.my/pelajaran)
Purata Gred Test Merosot di kalangan Pelajar IPTS?

Tronoh 18 Mac- Purata gred test di kalangan pelajar IPTS disyaki merosot selepas ramai pelajar2 Chemical Engineering Tahun 2 Semester 2 merungut selepas keluar dewan exam. Bermula dengan test Separation Process 2, mimik2 masam di muka pelajar2 chemi sudah mula kelihatan. Ada yang bangga dengan kejayaan menjawab dua soalan dari lima. Itu boleh dikira hebat. Test Reaction Engineering yang hadir dua hari selepas itu juga berjaya mencungkil kekecewaan di hati pelajar2. " Baca bagai nak rak tapi hapa pon tak masuk. Mampuih laaa macam ni", kata Mamu bukan nama sebenar. Frasa "What do i do? What do i do?" juga tiba2 menjadi frasa yang kelakar dan dijangka boleh digunakan untuk menepis tuduhan2 meniru dari pengawas2 test dari Pakistan untuk test2 di masa hadapan. Tapi sila bayar royalti kepada Fikri Popeye bukan nama sebenar okeh. Haha. Dr Mohanad juga tidak ingin ketinggalan dari Dr Kuzi (Reaction) dan Dr Saikat (Sepro) apabila turut menyediakan test yang susah gampang. Mungkin ini konspirasi mereka bertiga akibat perangai pelajar2 chemical engineering yang lahanat tak datang kelas selalu. Berita ini juga mungkin boleh dikategorikan dalam seksyen Jenayah merujuk kepada konspirasi kejam tiga lecturer ini.



Petikan2 di atas tidak berkaitan dengan yang hidup ataupun yang mati.
Ok tipu.
Opkos ada kaitan. Haha.

Tett.
Tamat sari berita penting.


Saturday, March 7, 2009

Ini cerita ikhlas.

Aku ada dua kisah. yang agak synchronize dgn each other. utk diceritakan di sini.

kisah satu.

Ini berlaku tahun lepas. Aku di center ground floor midvalley, duduk di tempat duduk sebelah tiang besar depan2 mesin atm bawah escalator. Sorang2. Menunggu kakak yang pergi bershopping tapi aku dah tak larat nak ikut. Payah btul meneman seorang perempuan bionik yang mampu berwindowshopping tanpa ada rasa letih.

Sedang aku duduk sorang2, tetiba ada suara menegur.

"Hello, bro. Can U help me wiz sumthn? Im in real need of help rytez now" (baca: dengan slang)

Nampak di sisi seorang lelaki foreigner berkulit gelap. African maksud aku. Bukan Indian.

Aku tak suka sebenarnya melayan foreigner. Mungkin disebabkan perangai ex-housemates aku selama dua sem dari egypt dan african yang pengotor macam sampah. Walau aku pn ada sikit sifat pemalas mencuci bilik tiap2 hari tapi mereka jaoh lebih demit dari aku. Tak perlu diceritakan untuk mengelakkan rasa mual. Tapi aku still layan foreigner yang nak mintak tolong aku tadi.

" Can U give me 5 Dollar? I need to go to kl central but aint got no money. Pliz help me"

Aku ragu2 juga. Bukan tak pernah baca kisah2 penipu2 camni kat surat kaba. Tapi since dia hanya mintak 5 Dollar bukan 5 Ribu Dollar so aku cam percaya2 la. Seluk wallet, but cuma jumpa 3 keping duet kertas Seringgit2. Duit lain cuma Rm 50 sekeping.
So aku dengan tidak kesahnya bagi la foreigner tadi RM 3. Mula2 dia insist for another RM 2 but aku malas layan. Malas nak pecah duit. Maka blahla mamat tu dari situ.

Tamat kisah satu.

Kisah dua. Panjang sikit. Baca dengan sabar.

Selang beberapa bulan selepas kisah satu. Mungkin enam atau lapan bulan. tapi tahun sama.
Hari itu 15/8. Sehari lepas besday besfen aku Shiro. Aku da plan baik punya untuk besday Shiro. Da lebey sebulan aku stop contact n wat2 kecik ati dengan dia for this plan. Even 14/8 her besday pun aku tak contact.
Few months ago aku ada keluar dengan dia kat Midvalley. And dia ada tunjuk satu jam ODM yang smart mintak aku hadiahkan dia tym besday. Secara gurau2 lah.

Hari ni, aku plan nak balik kl, singgah Mid, beli jam tu utk dia. But kebangangan yang melanda menyebabkan aku lupa weekend tu ada cuti something yang sebabkan semua tiket bas balik kl abes. Terpaksa pegi ipoh mencari bas tambahan yg risiko kaw2. Naseb baek ada. Setelah rempuh traffic jam dan line beratur untuk lrt yang cam sampah baru sampai dekat mid. Tiket balik bangi telah dibeli awal2 takut balik karang sesak.

Dekat Mid, baru pasan duet utk beli gift Shiro dah short sikit. Dekat UTP da keluarkan elok2 but terover-blanja pulak utk bas tambahan yang mahal kaw2. So terpaksa pegi mesin atm. And untuk mendamnkan hari aku utk hari itu adalah mesin atm cimb tiba2 tak boley keluar duet. Semua transaction tak dapat dilakukan even dari mesin atm mana pun aku try. Aku tensi.

Korek2 duit dalam seluar. Setelah campur duet2 kertas Seringgit remuk n konyok yang ada dan syiling2 yang ada akhirnya gembira sebab hanya short 90 sen dari harga jam tersebut. Senyum sebab harap dapat godek2 akak penjual jam tersebut utk diskaun sket.

Tapi harapan dikonyok2 oleh amoi tersebut. Dia dengan tegasnya tak nak jual pada harga kurang seringgit. Dem btul barang harga mahal ratus2 singgit pn tanak kurang. Aku kecewa lagi. Penat lelah balik kl dari Perak rempuh traffic jam semua nampak cam bakal jadi sia2. Aku blah dari kedai jam tersebut.

Aku di center ground floor midvalley, duduk di tempat duduk sebelah tiang besar depan2 mesin atm bawah escalator. Sorang2.

Lepas 5-6 minit termangu sorang2,tetiba ada seorang brader datang duduk di sebelah aku. Muka bosan tunggu awek dia yang baru blah masuk satu butik kat depan tu. Aku terfikir satu idea.

"Assalamualaikum. Bang, Saya nak mintak tolong sket boley tak"

Brader tu cam terkejut. Tapi senyum dan wat muka curious.

"Saya nak mintak Seringgit bleh tak. Saya nak balik naek komuter ni tapi kad atm takley keluar duet (sambil pegang kad atm). Cam problem gak la."

Brader tu memang seorang yang kacak kerana lantas mengeluarkan duet seringgit dari walletnya. Gile suke aku. Terima kasih kaw2 kat mamat tu. Aku pun gi beli adiah Shiro and balik terus pegi UKM utk suprise dan bagi adiah Shira Roslan.

Tamat lah kesah dua.
Oleh sebab tempat kejadian dua2 kisah adalah tempat yang sama, aku rasa macam mamat tu adalah seorang yang dihidayahkan oleh tuhan untuk membalas budi baik aku dekat foreigner tu.
Aku rasa selepas ini aku akan semakin rajin untuk buat budi baik tanpa harap apa2 balasan.
Bukan aku je.
Korang juga okes.




BTW Hari ni besday amirul asraf bin askat a.k.a Rentap. Hepi besday kawan. U r the best rumet ever. Moga berjaya event Siswa Benci Dadah yang anda jadi project manager tersebut!

p/s:
1. Beberapa lama lepas itu baru aku dapat tau rupanya Suprise besday aku utk Shiro telah dikantoikan awal2 lagi dgn kejam nya oleh Zara yang sengal. Dem zara. Isk. I'll never believe in u again!
2. Una Kunal besfren sorang lagi dah balik India hari khamis lepas. Tak sempat jumpa. Dem. Tapi dia bagi aku saree. Saree oren. Haha. Nak watpe ngan saree oren nih?? haha. panjang kaw2 lak tuh!

Wednesday, March 4, 2009

Cara2 Menjadi Seorang Secret Admirer yang Pathetic.

Ini entry separa jiwang.

Pernah tak jadi secret admirer?
Ini cara2 menjadi secret admirer yang pathetic dari aspek jejaka.

1. Telah mengadmirer si gadis selama 2-3 tahun, tapi tak pernah bukak step.
2. Gusar dan gundah gulana kalau bukak step si gadis makin mnyampah dan lari jauh.
3. Ketidakconfidenan terhadap abiliti dan appearance diri sendiri timbul bila berfikir tentang si gadis. Walau dia adalah seorg yang sentiasa konfiden sebelum ini.
4. Hari terasa ceria dan masalah terasa hilang bila nampak si gadis yang berada 1 km di depan.
5. Tak mampu berbual dan berkomunikasi secara spontan dan relaks didepan si gadis walau dicuba sedaya upaya padahal dia adalah seorg yg ramah dan petah dgn rakan2 laen. Komunikasi terasa skema semacam.
6. Baginya si gadis adalah awek paling cantik dalam dunia. Dan paling perfect. Selalu terfikir kenapa Angelina Jolie dihebahkan sebagai wanita terhot padahal di depannya ada gadis yang lebih indah.
7. Terasa kecil bila melihat ada jejaka laen mampu berbicara dengan si gadis secara relaks.
8. Bimbang diri sendiri tak mampu menjadi jejaka yang paling baik utk si gadis yang menyebabkan sentiasa was was utk bukak step.
9. Jatuh cinta pandang pertama, kedua, ketiga, dan telah hampir mencecah jatuh cinta pandang beratus ribu kali. Setiap kali melihat si gadis terasa jatuh cinta sekali lagi.
10. Frust bila mendengar gossip si gadis telah berkapel misalnya, tapi tetap mengharapkn jejaka yang mampu menarik hati si gadis itu lebih perfect dunia dan akhirat.
11. Tahu no handphone si gadis tapi tak pernah mampu sms atau call utk berbual kosong.Paling2 pun mungkin pernah sms utk perkara2 skema saja.
12. Ada rakan2 awek laen yang ingin berkenalan dan mula rapat tapi terpaksa menolak kerana hati tetap berharap kepada si gadis yg diadmire walaupun tau mmg takde harapan .
13. Senyuman si gadis ibarat manisan paling manis dalam dunia.
14. Rasa diri sendiri pathetic tapi tak mampu buat apa2.

Pathetic kan?haha. tapi ada sedikit ikhlas jugak.
Jangan tanya motif post ini pasal aku pn tataw knape aku post entri begini.
Buang masa maybe.

Tuesday, March 3, 2009

Sweetest Moment 2.0




28 Feb- 1 Mac
V3 Sports Carnival "Days of Triumph" back for season 2.
My 2nd V3 Sports Carnival. Ingat lagi yg dulu? . V3 sports carnival sgt bmakna kepada aku smpai my dulu2 fes entry of this blog adalah bkaitan dengan v3 Sports Carnival.

Tapi kali ini lebey hebat. Lebey responsibility required from me, dan Lebey Meriah! 
Haha.Itu yg penting. Btambah fun lagi bila lebey byk member2 bersama2 involve.
Well, what can i say.
BES KAW2!
haha~

gud job everyone. 
gud job quek, ikin, wani, rajo, zaf, rahman, haziq, muaz, iqa,
 mus, yan, myra, abra,matzam,nisya, zuhair.
the backbones of this event.
dan sume committee v3 sport carnival yg laen.
we deserve to be very proud of our job.
Only three weeks planning and working but nothing is impossible.
Bley cakap event taun ni lebey meriah dari taon lpas in terms of participants and lebey tersuson in terms of games smoothness. Cayalah. Respect!
Senarai list member2 baru juga bertambah. Nice!
And we showed that v3 is always the same no matter what.
Sayang korang lebey la gini.

pagi:



petang:



closing:



trivia:
-usaha dan latihan seminggu utk menjadi juara karom tak sia2. diperkenalkn champion baru carrom UTP, Anas dan Zuhair! haha~
-jgn cuba dipertikaikan keputusan juara karom. Bukan salah aku aku dpt bye pusingan ptame. Bukan salah aku aku dpt opponent team pakistani yg tak pernah maen carrom pada pusingan kedua. Dan bukan salah aku aku terus masuk final takyah semifinal sebab mmg carta dah dibuat begitu! Haha. Tetap berbangga mnjadi juara karom. Final ttp sengit. haha.
-Rajo semakin ceria. kenapa ya? ada alasan di sebaliknya? haha.aku approve.
-Propanians sgt kacak kaw2 sebab sanggup datang dari jauh beramai2 even tengah intern semata2 demi v3 sport carnival.  
-Geng2 ex vcom juga cantik dan chun kaw2 sebab suport gile2. Ija n the geng aku mmg sayang korg.
-Makan epal yg terapung adalah sgt susah. Diulangi, sangat susah. Dan menyebabkan aksi2 gay berlaku. haha.
-Saya juga notice bahawa semangat competitiveness perempuan adalah tinggi. Netball adalah antara competition paling hot dgn persaingan mulut dan kekasaran di atas padang yang berlaku di antara team2 pendahulu.
-Terima kasih juga kepada org yang tak maen tapi tetap turun support. Anda mmg hebat.
-Pengajaran dan tauladan utk hari itu: kalau dah pihak lawan sah2 berbadan tuff penuh muscle yg gabak, jangan cuba mencabar arm wrestling. Cheer penonton banyak mana pun tetap takkan mampu melawan daya tenaga muscle2 yang ada di pihak lawan. Mungkin anda akan kalah sepintas lalu. Haha.
-"Senngeet" adalah perkataan baru yang diinovate untuk mengulas perlawanan yg sangat kompetitif. Sengetkan kepala anda juga semasa menyebutnya. Seperti yg Zaf kata.
-Thanks kepada kawan2 yang join memeriahkan juga!