Friday, February 27, 2009

KopiCino.

pagi tadi aku ada satu kelas lecture Process Safety.
tapi tym lecture bleh kata perasan banyak la membe sedang buat assignment Separation Process 2. panjang. lebih 10 mukasurat.
actually bukan member je, diri sdri pn buat skali. 
ye lah kan, last2 minit ni tym ni la baru dapat sumber utk ditiru.
Simpati juga pada Dr Mohanad berbangsa Arab yg sibuk menerangkan cara2 penghindaran pencemaran kimia udara, tanpa apa2 respon dr 70 org yang hadir.
Abaikan Dr Mohanad, yang ingin aku katekan kat sini adalah tentang peniruan.

Tiru.
Ya tiru.
Sapa tak penah meniru kan?
x kira la tiru assignment ke, tesis ke, lab report ke, test ke, quiz ke or final exam skalipun. Semua tetap meniru. And meniru pn ada macam2 gaya yang aku perasan.Vary dengan setiap org. mari lihat.

Peniru Precise:
Golongan ini akan meniru setiap patah perkataan, nombor, dan abjad yg ada di atas kertas source. Kedudukan setiap perkataan di kertas pun mereka tiru. Kadang2 mereka tertiru nama dan nombor matrix sumber tiruan sekali, dan kemudian menepuk2 dahi mnyedari kebangangan diri sendiri. Mereka ini biasanya ada abiliti multitask. Mampu minum, makan, tengok muvi, layan walkman, bergosip, maen karom smbil meniru. Peniruan mereka cuma memerlukan penumpuan 10% manakala 90% lagi digunakan utk buat benda laen pada masa yg sama.Hebat, kan? Namun disadvantage golongan ini ialah mereka cuma dapat berdoa dan tawakal supaya lecturer lembut hati utk tetap mmberi markah penuh seperti biasa walaupun sah2 senang dikesan meniru. Golongan ini juga meliputi 80% dari total jenis2 peniru.

Peniru Bermaruah:
Golongan ini meniru dengan gaya intelligent. Mereka meniru secara melihat kertas sumber dan kemudian memikirkan dalam2 tentang jawapan sumber tersebut. Mereka akan mengolah balik jawapan tersebut secara kreatif dan inovatif. Tapi golongan ini juga adalah golongan yg lorat bagi aku sebab kebanyakan mereka suka mmpertikai dan mengkritik jawapan sumber. Golongan ini hanya meliputi 5% dari total jenis2 peniru.

Peniru Gedik: 
Mereka ini kalau pandang sekali senang disalah faham sebagai peniru bermaruah. Ada sedikit persamaan. Seperti peniru bermaruah, mereka akan melihat dan berbincang tentang jawapan sumber tersebut. Beza nya,mereka tak berfikir dan mereka ini berbincang skadar utk menunjukkn dan eksyen kepada rakan2 lain yang mereka still guna kepala utk selesaikan assignment/test sdri maka takde lah nampak bangang sangat mereka dihadapan org lain.
Golongan ini agak poyo sebenarnya secara generally. Golongan ini ada 10% dari total jenis2 peniru.


Peniru Hopeless: 
Ya, ini antara sebab aku tulis post ini. Pagi tadi aku jumpa seorg ahli golongan ini. Mereka ini agak kelakar. Mereka ini meniru dengan penuh kamikaze. Contoh situasinya: seorg peniru ini sedang meniru assgnment. Bila tiba di satu soalan dia tahu jawapan dan jalan kerja sumber itu salah. Dia mmg tau. Tapi dia tiru jugak sebab malas nak fikir plus malas nak cari sumber lain. Agak hopeless kan? haha~ Serupa takyah tiru pn kalau kompom salah. sengal. Aku takleh accept sunggo la.adui. Golongan ini ada 40% dari golongan total jenis2 peniru. Ada antara mereka juga adalah peniru precise. 

Peniru Bangsat:
Golongan ini ada perangai yg demit. Mereka ambil assignment or kertas jawapan sumber, mereka liquid dan tukar nama dan id matrix sumber kepada nama dan id mereka.  Tadaa, Setel!
Golongan mereka ini serius ada di UTP. Tapi bukan budak2 chemi la sbb budak2 chemical engineering inteligent belaka. Sentiasa berjaga2 dengan golongan ini, dan kalau dapat, tumbuk se das dua.

Banyak lagi sebnanye golongan peniru. Mcm Peniru Artis yang mana mereka akan mencantikkn jawapan tiruan mereka dengan macam2 kaler dan corak serta tulisan yg amat cantik, dgn harapan lecturer nampak macam mereka buat sendiri. Tapi da malas nak crita. So, chaoOOOOOO. Mari Tiru dgn bergaya! 



Tuesday, February 17, 2009

Resepi Plg Indah.





15 Feb.
Ada cherita paling indah. Ya, cherita siulan remaja yg paling indah.
Ada hari paling indah.
Ada tempat paling indah.
Ada watak2 paling indah.
Dan dipersembahkan resepi plg indah.

Resepi = Chemys+Oasis Day Out Series 1: Gua Tempurung Yang Paling Meriah Kaw2

Bahan2 Yang Diperlukan.
1. 25 people paling kool without doubt in form of Anas, Rentap, Quek, Madi, Popai, Rajo, Kash, Cemaw, Mamu, Ayob, Pedot, Jenol, Sopi, Amad, Tia, Tasha, Aira, Apye, Haha, Ruby, Vincy, Brian, Fifi. Pastikan semua sedia bangun dan mandi pada 9 pagi.


2. Sebiji Evo, Dua biji Viva, Dua ekor Kelisa, Sebiji Kembara (Pastikan Ia NAY).Pastikan digaul dengan minyak petrol yang penuh each.

3. Seorang Rektor berpangkat Datuk utk menjadi Pak Gad sementara di pagar UTP bagi meraikan pemergian/bertolak ke Gua tempurung pada lebih kurang 930 pagi.
4. Rm 20 each person ,yang bmaksud dm460 utk dibayar kepada akak penjaga kaunter tiket gua tempurung.
5. Pastikan juga ada Renjer yg kelakar kaw2. Renjer ini perlu mampu buat standup comedy dimana2. Kalau boleh dia mesti kenal dgn Mamu.



Prosedur Penyediaan Resepi
1. Seminggu seblum 15 feb, mule mengajak dan memaksa rakan2 utk pegi. Cuba terapkan sistem pemaksaan rela.
2. Buat gaya sedey kepada Amad Kencang bila dia tak dapat pegi. Mungkin ini yang mnyebabkan die bpatah arah utk join skali. Haha. (Amad u are the best)
3. Kejut Rajo, Madi dan Kash scara sdaya upaya pada pukul 8 pagi. Bukan senang kejutkan mereka.Cuba try sendiri.
4. Pukul 930 pagi mula bertolak ke Gua tempurung. Enam kereta. Kaw2.
5. Ada people yg aku hanya pasan tym kat Gua Tempurung. Buat aku tersenyum dan gembira.
6. Teros mredah gua tempurung slama 3 jam stengah. Adventurous. "Rare" bak kata Madi.
7. Gelak kaw2 di dalam gua bsama rakan2. Skirt Brian antara topik utama. Aku pun x faham kenapa.Tp tetap lawak.
8. Penyambutan Besday Amad Fikri a.k.a Popai dan Amad Kencang di dalam gua. Celebration plg Rare dan Kaw2.
9. Beberapa trivia panas yang anda mungkin tahu dan mungkin tidak tahu walaupn anda telah pergi ke gua tempurung bersama kami

a) Apa sebab Mamu posing begini? ada rahsia di sebalik nya. Rahsia tersembunyi yang agak terdedah.


b) Kenapa Quek nampak tertekan sepanjang pjalanan awal , seblum nampak relieved di pnghujung adventure?



c) Kash ada masalah yg similar dgn Quek. tetapi dia tak nmpk tertekan. Malah relax dan tenang. Mungkin boleh dikatakan pantas dan cepat. Masalah apa ya?
10. Sudah lah. gambar2 saja boleh memberikan berjuta2 cherita.










Thanks smua yang ikot ble aku ajak .korg mmg rox.
Chemical engineers mmg rocks. Asisians juga.
I really need this after a bad week.
Thanks Guys!

Not to forget that nyte ada ICEP famili day.
Mriah.
Gle klakar.





Thanx!

p/s:ble agaknya rajo farhan maw menceburkan diri dlm dunia blog? To Rajo mari2 to the club!



Friday, February 13, 2009

blues matematik untuk aku.

2/3

ape ini?
mayb ada yg tafsirkan haribulan atau ape2 tarikh2 penting.
maybe ada yg tafsirkan sebagai kiraan matematik mudah yg equal to 0.66667.
n maybe ada yg tafsir itu sebagai pecahan dua bahagian dr tiga.

cuma
dalam situasi diri skarang
itu bkan tarikh atau haribulan.
itu bukan 0.66667.
itu bkan pecahan.
itu kehilangan
2 kehilangan dari 3 yg ada .
2 kehilangan dalam 3 bln.

tak apa.
asalkn mereka mndapat 1.
biarlah yg tinggal hny 0.3333 skalipun.
moga mereka sempurna.
dan moga aku tidak kosong.
harap2 lah

Tuesday, February 10, 2009

Buillovertola.

Ada org cakap,
salah satu cara efektif mnangani stress
ada lah melihat senyuman yg manis.
cuma
aku stil belum pernah jumpa satu senyuman manis
yg btul2 mampu hilangkn stress dan penat lelah
senyuman rumet blum ckup manis utk itu smua.
so aku mragui fakta ini.
mungkin skadar auta.
tapi mari terus mncari,
smpai jmpa snyuman manis yg tepat.
sapa2 nk join?

*una the kunal my bestest bestest fren da pulang dr overc. welkam home gurl! n sebab her besday 1/2 ritu hepi bday gak!
*mgu lpas satu ari tu aku mmpi plg indah dlm idup. plg indah kaw2.mmpi psl pe? ade lah.
*ujung mgu ni plan g gua tmpurung. jum sume!

Friday, February 6, 2009

Thanks

Ahmad Anas b. Awang
11a, jln 4/3f, 
Seksyen 4, 43650
BBB Selangor
_________________________________________________________
Presiden Petronas
KLCC
Malaysia.
6 Feb 2009

SUBJECT: TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA
perkara diatas adalah dirujuk. (talak satu)

2. Saya ingin mengucapkan terimakasih kpada presiden krana respon yg sgt cpat kepada pos saya. Mungkin presiden ada terbaca blog saya maka lantas memasokkan skolar dlm masa kurang 3 jam.Saya impressed.

3. Sesungguhnya saya juga ingin turut meminta maaf atas maki2 hamun dan umpatan2 saya dan rakan2 terhadap petronas semasa period menanti skolar yg lambat brkunjung tiba. 

4. Jangan malu2 utk tambah skolar saya dan ambillah saya kerja di petronas pada masa depan kerana saya yakin saya seorg yang berwawasan tinggi, (agak tinggi juga pada ktinggian 180 cm),berdaya saing, dan innesen.Saya juga tak akan menghampakan pihak tuan dari aspek ketahanan mental kerana saya sendiri ada ramai kawan sakit mental. Selain itu saya juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang lukisan.

5. Segala usaha dan kerja pihak presiden amat dihargai. 

Sekian Thank You.
Yang Benar,
NenaS

Deja Vu?

sajak buat Petronas.
Petronas..
Tatkala angin berderu meniup hembus
Daun2 berterbangan dilambai bayu
Tak terdaya diri ini menahan perasaan sayu
Melihat akaun cimbclicks yg tegar x berubah di pagi itu.

Petronas..
Sesungguhnya hidup ini perit
sesungguhnya hidup ini pedih
Siapalah daku utk menegurmu
Longlai tubuh ini menekan button logout pnuh kecewa

Petronas..
Tolonglah
Tolonglah faham perasaan scholarmu ini
Kami tak mampu hidup begini
ternanti-nanti
setiap pagi
bagai menanti buah gugur
Akalku sudah dipnuhi kerunsingan
Tak tercapai segala plan 
Apakah yg patut ku lakukan

Petronas..
Tatkala kbanyakan kami sudah redha menutup harapan
menerima scholar tak mungkin berkembangan
Kau lakukan begini pula kepada kami
sudah 5 hari
sudah 5 hari ku menanti
dan jumaat pula hari ini
tak mungkin akan bank-in sabtu atau ahad ini
Apakah dosa kami..

Petronas
Ku harapkan algojo-algojo tenteramu sedar
kami juga makhluk bernyawa
kami juga perlukan hak kami
Pc fair, book fair, mega sales smua dah lepas
Maka segerakanlah proses bank in scholar bulan ni
Kami pasti sgt menghargai

Jumaat,6 Februari.

Deja Vu? macam prnah baca? rujuk di sini. 
ku dah hampir mati kekeringan di dalam kebizian.
kelonglaian tiap2 malam meetng dah mula efek diri aku.

*p/s: tahniah kepada amirul rentap krana bjaya mmbuat blog. lihat disini pula.